PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

16 May 2012

KONVENSYEN NCDP1M

Surau Al-Kauthar telah dipilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bagi mewakili Konvensyen NCDP1M (Non Communicable Disease Prevention 1 Malaysia) Negeri Melaka sempena Perayaan Melaka 750 tahun pada 21 April 2012 bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang di Ballroom Stadium Hang Jebat di rasmikan oleh Ketua Negeri Melaka.


 Pada Konvensyen tersebut sebanyak 10 pasukan pembentang Oral dan 10 pasukan pembentang poster yang terdiri daripada semua negeri di Malaysia termasuk Sarawak.  Surau Al-Kauthar mewakili peringkat Negeri Selangor pembentang Oral bertajuk "Gaya Hidup Sihat Masjid Bangi" yang telah disampaikan oleh Cik Nurul Afiqah binti Nadzri.
   

 

       Pengerusi Surau, pembentang projek bersama Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...