PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

16 February 2011

Telaga Kauthar

Rasulullah bersabda, "Ketika aku sedang berjalan di syurga, tiba-tiba aku melihat sebuah sungai yang tepinya seperti kubah-kubah permata yang melengkung. Aku bertanya: 'Wahai Jibril! Apa ini?' Ia menjawab: Ini adalah Kauthar yang Allah anugerahkan kepadamu.'Ternyata tanahnya adalah kasturi Azfar."

Rasulullah bersabda, "Telaga seluas perjalanan satu bulan. Airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada kasturi, cawan-cawannya sebanyak bintang di langit. Barangsiapa yang meminum daripadanya tidak akan merasa haus lagi selama-lamanya."

Para sahabat pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana tuan dapat mengenali umat tuan yang datang kemudian?" Baginda menjawab: "Tidakkah kalian dapat membezakan unta-unta yang berwarna putih di antara unta-unta yang berwarna hitam gelap?"

Para sahabat menjawab:"Ya."

Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan berkilatan kepala dan kaki mereka akibat (basuhan) wuduk. Dan aku telah menunggu (untuk menyambut) mereka di telagaku."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...