PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

21 February 2011

Kanser inikah penawarnya? try this website (INFO YANG SANGAT BERGUNA- InsyaAllah)

Untuk panduan ahli jamaah al kauthar semua.

TK.
Haji Zul.





     Kanser inikah penawarnya?

   Assalamualaikum

   Ramai  manusia  di  dunia  ini  bahkan  rakyat Malaysia sendiri mengidap
   penyakit  yang sangat ditakuti dan hampir tiada harapan untuk merawatnya
   iaitu  kanser.  Manusia  sekarang  sudah  setkan  dalam pemikiran mereka
   bahawa  kanser  sudah  tiada  penawarnya  dan peluang untuk hidup sangat
   tipis.  Sudah  berapa  ramai  manusia yang meninggal dunia dalam setahun
   akibat  daripada  penyakit  ini.  Hal  ini disebabkan keyakinan terhadap
   Allah tidak wujud dalam diri setiap manusia itu sendiri.

   Mari kita sama-sama kembali semula kepada al-Quran dan as-Sunah mengenai
   penyakit-penyakit  yang  Allah  ciptakan  ini.  Sangat  banyak dalam nas
   mengatakan  bahawa  setiap  penyakit  itu  ada  penawarnya kecuali mati.
   Kenapa  kita  mengatakan  bahawa  penyakit  kanser  itu tiada penawarnya
   sedang  janji  Allah  itu  benar.  Takkanlah Allah hendak menarik semula
   firmannya  setelah  semua  umat  Islam sudah mengetahuinya. Sesungguhnya
   Allah itu maha bijaksana dan maha mengetahui.

   Berdasarkan  maklumat  daripada  internet,  sudah  sah bahawa kanser ada
   penawarnya,   cuma  tidak  ramai  yang  mengetahuinya  oleh  sebab  yang
   tertentu.   Penawarnya   ialah  Vitamin  B17.  Mungkin  ada  yang  sudah
   mengetahuinya  tetapi  menganggapnya  sebagai  pencegahan  atau  apa-apa
   sahaja dan bukan penawar kepada kanser. Mungkin betul dan mungkin salah.
   Bagi  saya  ia  adalah  salah.  Bagi saya inilah penawar yang dijanjikan
   Allah.

    Apakah   buktinya?  Saya  akan  terangkan.  Untuk  pengetahuan,  kajian
   mengenai  Vitamin  B17 ini telah banyak dijalankan serta dibukukan dalam
   sebuah  buku  bernama  'World  Without  Cancer'  oleh G. Edward Griffin.
   Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Laetrile dan Amygdalin ini banyak
   ditemui  dalam  biji buah dalam kumpulan Prunus Rosacea seperti aprikot,
   ceri,  peach  dan  plum.  Ia  juga  boleh dijumpai dalam rumput, jagung,
   sekoi,  biji  epal  dan  banyak lagi yang kebiasaannya telah diketepikan
   dalam  menu  makanan  masyarakat  sekarang.  Ramai yang tidak mengetahui
   bahawa  biji  buah  mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti protein
   dan  beberapa  mineral.  Vitamin B17 paling banyak terkandung dalam biji
   buah  aprikot.  Rawatan  kanser dengan menggunakan Vitamin B17 ini telah
   lama  digunakan  oleh doktor-doktor terkenal semenjak 35 tahun yang lalu
   seperti  Dr.  Ernesto  Contreras,  Dr. Micheal Tait, Dr. Dean Burk iaitu
   pakar  kanser  dari  Jerman  dan Dr. Ernest Kreb Jr iaitu pakar biokimia
   yang  juga  pengasas  Vitamin  B17.  Betapa  yakinnya  para-para saintis
   terhadap  Vitamin  B17  ini  sehingga  dapat  membuat  kesimpulan bahawa
   sesiapa yang memakan 7 biji aprikot(bijinya) sehari, badannya tidak akan
   dapat  membentuk sel kanser. Begitu juga dengan beberapa kesimpulan lain
   bahawa  seseorang  itu  tidak  akan dapat penyakit scurvy jika mengambil
   sebiji  buah  oren sehari dan penyakit pellagra jika mengambil vitamin B
   setiap hari.

   Sekarang kita lihat bagaimana Vitamin B17 ini dapat membunuh sel kanser.
   Mula-mula kita kena tahu bahawa dalam badan kita terdapat berbagai-bagai
   jenis  enzim  untuk  menjalankan berbagai-bagai proses. Salah satu enzim
   dalam badan kita adalah enzim Rhodanese yang terdapat jumlah yang banyak
   dalam  badan  tetapi  tidak pada sel kanser. Satu lagi enzim iaitu enzim
   Beta-Glucosidase  yang  terdapat  banyak di sel kanser tetapi tidak pada
   badan  kita.  Vitamin  B17 terkandung di dalamnya dua jenis glukos iaitu
   Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde(analgesic/painkiller). Enzim Rhodanese
   akan   memecahkan(break)   Vitamin   B17   dengan  kehadiran  air  untuk
   mengeluarkan  dua  jenis  glukos  tadi  apabila ia masuk ke dalam badan.
   Apabila  Vitamin  B17  dan  enzim  Beta-Glucosidase bertemu, satu tindak
   balas  kimia  berlaku di mana dua jenis glukos tadi akan bergabung untuk
   menghasilkan  sejenis  racun  yang seribu kali ganda bisanya. Racun yang
   dibawa  oleh hasil gabungan dua jenis glukos tadi iaitu Hydrogen Cyanide
   dan  Benzaldehyde  hanya  akan  bertindak balas dengan satu benda sahaja
   iaitu sel kanser sekali gus memusnahkan sel kanser dalam badan.

   Lihat rajah di bawah;





   (Embedded image moved to file: pic18540.jpg)

   Secara  ringkas  dan mudah difahami inilah cara Vitamin B17 membunuh sel
   kanser.  Sub hana llah  betapa hebatnya ciptaan Allah. Sekarang kita masuk
   kepada  ;  kenapa  tidak ramai yang mengetahui rawatan ini dan kenapa ia
   tidak dijadikan sebagai rawatan kanser di negara kita begitu juga dengan
   beberapa  negara  lain.  Jawapannya ialah ianya haram. Bukannya haram di
   sisi  Islam  tetapi  haram  dari  segi  penjualannya. Mungkin ramai yang
   tertanya-tanya  kenapa  ia haram untuk dijual malah ia sangat baik untuk
   merawat kanser. Jawapannya sangat mudah iaitu duit.

   Untuk   pengetahuan  semua,  Vitamin  B17  merupakan  salah  satu  bahan
   perubatan  yang  menjadi  kontroversi sekitar 20 tahun yang lalu apabila
   beberapa  orang  saintis  terkenal dunia mengatakan bahawa beberapa biji
   buah  mentah  yang  terdapat  di dalamnya Vitamin B17 menjadikannya 100%
   mustahil  untuk  membentuk  sel  kanser  malah mempunyai kebolehan untuk
   membunuh sel kanser dalam kebanyakan kes. Sebenarnya banyak sebab kenapa
   ia  haram  tetapi  paling  jelas  ialah mengenai duit. Beberapa syarikat
   perubatan  dunia  membuat  kesimpulan  bahawa jika rawatan ini diketahui
   ramai,  sudah  tentu tidak ada lagi manusia yang akan membelanjakan wang
   yang  banyak  untuk mendapatkan rawatan yang mahal seperti chemotherapy,
   radiation dan mana-mana doktor pakar kanser yang lain.

   Oleh  itu,  mereka  akan  kerugian berbillion duit. Malah jika mana-mana
   doktor yang ingin merawat pesakitnya menggunakan ubat ini perlu terlebih
   dahulu   mengisi   borang   dan   menghantarnya   kepada   Food  &  Drug
   Administration(FDA)   untuk   pengesahan.  Tambahan  lagi,  jika  doktor
   tersebut  tersalah  menggunakan  ubat  tersebut atau melanggar peraturan
   yang   ditetapkan   oleh  FDA,  secara  automatik  dia  akan  kehilangan
   kerjayanya  sebagai  doktor. Pergilah ke mana-mana pembekal ubat-ubatan,
   pasti  Vitamin  B17 tidak dapat ditemui. Walaupun demikian, ada beberapa
   doktor  di  Malaysia sendiri yang sanggup mengambil risiko untuk merawat
   pesakit  kanser  menggunakan  kaedah ini tetapi tidak ramai malah mereka
   melakukannya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mana-mana pihak.

   Kebanyakan  doktor  yang  saya  tahu,  Alhamdulillah ianya dari kalangan
   doktor-doktor  Islam  itupun  tidak  terkenal.  Secara  padatnya  inilah
   sedikit  sebanyak mengenai Vitamin B17. Insya-Allah, ini merupakan salah
   satu ikhtiar kita. Jangan kita terlalu bergantung sangat kepada ubat ini
   kerana  yang  menyembuhkan  ialah  Allah  yang maha Berkuasa. Kita hanya
   berusaha dan selebihnya terletak kepada Allah.

   Ya  Allah,  inikah  penawar  kanser yang menjadi ketakutan ramai manusia
   zaman  sekarang?  Betulkah  ini  caranya?  Janganlah  kau tambahkan lagi
   pesakit kanser terutamanya yang beragama Islam, yang ingin hidup seperti
   manusia  biasa  dan  yang  ingin  melakukan  amal  ibadat  dengan  lebih
   sempurna.

   Wallahua'lam








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...