KEMATIAN….
Setiap insan yang beriman harus menerima hakikat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Nikmat nyawa yang menjadi milik kita hari ini dan saat ini, hanyalah pinjaman semata-mata, apabila tiba masa yang ditetapkan, kita akan diambil semula dalam keadaan rela atau terpaksa oleh ALLAH S.W.T.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA BERLAKUNYA KEMATIAN?
Apabila belaku kematian dikalangan ahli keluarga anda, siapakah yang anda perlu hubungi? Berapakah kos yang perlu ditanggung untuk mengurus jenazah?
Pihak pengerusi dan ahli jawatankuasa Surau Al-Kauthar telah menetapkan, jika berlakunya kematian, sekiranya jenazah dikebumikan di kawasan Sungai Tangkas, (berhampiran seksyen 4), kosnya adalah RM930.00, yang mana ianya meliputi:
1. Upah gali kubur (telah ditetapkan masjid) RM 380.00
2. Kain Kapan dan pengurusan bilik jenazah RM 250.00
3. Urusan mandi jenazah RM 150.00
4. Kegunaan Van ke kubur (Sg. Tangkas) RM 150.00
RM 930.00
RM 930.00
5. Sekiranya jenazah dibawa ke luar dari negeri Selangor, ianya tertakluk kepada perbincangan antara keluarga si mati dengan Pengerusi Surau dan kadar bayaran adalah mengikut jarak perjalanan, bayaran untuk pemandu, minyak dan tol.
6. Imam dan talkin atas ihsan keluarga si mati.
Sila hubungi:
1. Pengerusi Surau Al-Kauthar,
Tuan Haji Nadzri Daud - ( 017-6704279)
Sekiranya kematian melibatkan jenazah wanita, sila hubungi Pengerusi, atau AJK Muslimat Surau Al-Kauthar:
Sekiranya kematian melibatkan jenazah wanita, sila hubungi Pengerusi, atau AJK Muslimat Surau Al-Kauthar:
1. Biro Hal Ehwal Muslimat
Puan Hajah Mahiran Ismail- (019-2368793)
2. Biro Pengurusan Jenazah Wanita
Puan Hajah Norashikin Baharom – (013-3638074)
Tanda- tanda kematian
Antara tanda- tanda roh akan keluar dari tubuh seseorang ialah:
· terhulur kakinya
· terbuka tapak tanganya
· condong hidungnya
· tegang kulit mukanya
· turun sedikit pelipis ( diantara telinga dan mata)
· berhenti denyutan nadi dan pernafasanya
· jika orang yang dipatuk ular dan seumpamanya sukar diketahui mati ataupun tidak, cabutlah mana-mana bulu daripada badanya dan lekatkan pada sesuatu benda. Jika masih terlekat, bermakna dia belum mati dan begitulah sebaliknya.
Perkara sunat dilakukan selepas keluar roh.
· Sunat memejamkan mata si mati supaya tidak menjadi keji pandangannya. Jika mata masih terbuka, boleh diletakkan duit syiling atau seumpamanya di atas mata mayat agar matanya tidak terbuka.
· Ikat dagu si mati dengan kain dan lilitkan di kepalanya supaya tidak terbuka mulutnya dan tidak dimasuki serangga. Sekiranya si mati memakai gigi palsu, sebaik-baiknya ditanggalkan, jika sukar, biarkan sahaja.
· Perlembutkan sendi-sendi si mati dengan mengerakkan bahagian sendi, boleh diurut dengan menggunakan sedikit minyak untuk memudahkan ketika memandikan dan mengkafanka jenazah.
· Tanggalkan pakaian si mati sekiranya pakaiannya tebal kerana ianya boleh menyebabkan mayat cepat rosak, kemudian gantikan dengan kain nipis yang menutupi seluruh badannya.
· Letakkan sesuatu yang berat ( sekadar 20 dirham = 500 g -+) di atas perut si mati supaya tidak kembung.
· Pindahkan mayat tersebut ke tempat yang lebih tinggi seperti katil, serta menghadap kiblat sebagaimana keadaanya semasa hampir mati.
· Letakkan kedua tangan di atas dadanya seperti dilakukan ketika solat atau diluruskan sahaja.
· Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, orang yang junub, haid, nifas hendaklah keluar dari tempat si mati kerana kehadiran mereka boleh menganggu para malaikat.
· Memasang bau-bauan di dalam bilik si mati.
· Menjelaskan segala hutang piutang si mati dan melaksanakan wasiatnya sekira tidak bertentangan dengan syariat.
· Bersegera menguruskan jenazah sekiranya yakin bahawa dia telah mati.
Amalan ketika menziarahi jenazah
Islam amat mengalakkan umatnya menziarahi jenazah saudaranya yang meninggal dunia dan ianya merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.
Perkara yang perlu dilakukan ketika menziarahi jenazah ialah:
· Membaca ayat-ayat suci Al- Quran, terutamanya Surah Yaasin.
· Membaca Surah Al-Fatihah dengan niat menghadiahkan pahalanya pada si mati
· Perbanyakkan doa semoga ALLAH mengampuni dosa-dosanya.
· Jangan bercerita hal-hal dunia yang tida faedah dan membuat bising.
· Membantu menyelenggarakan jenazah dan menyabarkan ahli waris si mati.
Antara kesilapan yang selalu dilakukan, ialah masih boleh berbual, ketawa sesama sendiri tanpa mengambil iktibar diatas kematian tersebut. Perbuatan ini boleh menyinggung perasaan waris si mati.
Salam, tolong betulkan maklumat
ReplyDelete1. Ejaan nama Pn Hajah Norashikin bt Baharom (013-3638074)
2. Tambah org yg dihubungi:Biro Khairat dan Kebajikan iaitu Tn Hj Mokhtar b. Adnan (013-3044186)