PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

30 March 2011

Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun



Tahun Ini Kita Akan Mengalami 4 Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun Iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.

Serta Bukan Itu Sahaja, Cuba Ambil Dua Nombor Terakhir Tahun Kita Di Lahirkan dan Tambah Dengan Umur Kita Pada Tahun Ini, Keputusannya Ialah 111 Buat Semua Orang.

Pada Bulan Oktober Akan Ada 5 Kali Hari Sabtu, 5 Kali Hari Ahad dan 5 Kali Hari Isnin. Ini Hanya Akan Terjadi Sekali Setiap 823 Tahun.
 



20 March 2011

Bengkel Melukis Kartun Remaja

Kelab Remaja Surau Al-Kauthar (KRISS) dengan kerjasama Kelab Remaja IKRAM (IKRAM Teens) telah menganjurkan Program Bengkel Melukis Kartun untuk remaja di Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 Mac 2011 (Ahad) mulai jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Lebih daripada 40 orang peserta telah mengikuti program tersebut.

Antara objektif:
1) Mendedahkan remaja tentang peranan kartun dalam membawa kebaikan untuk ummah,
2) Pendedahan oleh pelukis kartun yang telah menerbitkan komik tentang teknik melukis kartun,
3) Menonjolkan bakat dan potensi terpendam dalam diri remaja dan
4) Mengeratkan silaturrahim antara Kelab Remaja Surau Al-Kauthar (KRISS) dengan Kelab Remaja IKRAM (IKRAM teens).

















11 March 2011

Pertandingan Karom

Pertandingan karom terbuka Al-Kauthar telah diadakan pada 5 dan  6 Mac. 2011. Pertandingan dibahagikan kepada 3 bahagian, Sekolah Rendah, Menengah dan Dewasa.

Sekolah Rendah

Pertama : Kumpulan No. Name
               (Muhammad Afif Abdul Talip & Muhammad Arif bin Abdul Talip)  

Kedua   : Kumpulan Kertas
               ( Muhammad Naufal bin Jamaludin & Arif Nur Azam bin Awang)

Ketiga   : Kumpulan Nenas
              ( Muhammad Afiq bin Hj. Ismail  & Mohd Alif Daniel bin Abdullah)

Sekolah Menengah

Pertama : Kumpulan Has Name.
              ( Muhammad Najmi bin Nadzri & Ammar Zuhair bin  Talip ) 

Kedua  : Kumpulan Kacak
             ( Ahmad Irshad & Muhammad Akmal )

Ketiga  :  Kumpulan Jus Soli
             ( Muhammad Hanafi  & Adam bin Ismail)

Dewasa

Pertama : Dato' Karim bin Ab. Rahman

Kedua  : Afnan Hafiz bin Ab. Fatah

Ketiga  : Hj Abdul Malek bin Harun             



Pertandingan Azan, Bercerita kisah Nabi dan Nasyid.

Surau Al-Kauthar telah mengadakan pertandingan Azan, Bercerita kisah Nabi dan Nasyid pada 5 Mac. 2011 (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari, terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sambutan yang diberi amat mengalakan daripada jemaah surau. Ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak yang mengambil bahagian pada pertandingan tersebut.

Keputusan Azan (Sekolah Rendah)

Pertama: Muhammad Muaz bin Mohd Ghazali
Kedua : Muhd. Hakimi bin Ezmanizon
Ketiga : Muhammad Shahmi Aiman bin Mohd Shahrin

Azan (Sekolah Menengah)

Pertama: Amin Farhan bin Noor Mahizuddin
Kedua : Muhammad Naim bin Abdullah
Ketiga : Syed Ahmad Imran bin Syed Hishamuddinah.

Bercerita Kisah Nabi

Pertama : Nur Ardini binti Hj Ismail
Kedua   : Muhd Arfan bin Mahfidz

Nasyid

Pertama : Kumpulan Sautul Rijal
Kedua   : Suara Al-Amin
Ketiga   : Putera Harapan







02 March 2011

Perginya Seorang Mujahid Agong- Al Fatihah

TEMERLOH, 2 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua ahli PAS agar menunaikan solat jenazah ghaib untuk pemimpin gerakan Islam Turki yang meninggal baru-baru ini, Profesor Nechmuddin Erbakan.

Erbakan, yang disifatkan sebagai bapa kepada gerakan Islam sedunia termasuk Malaysia meninggal dunia Ahad lepas.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/daily_picture/feb2011/erbakan_syed_ghanuchi.jpgSementara itu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS telah diutuskan khas oleh Abdul Hadi untuk mewakili beliau ke majlis perkebumian Erbakan.

(Gambar: Dr Syed Azman, 2 dari kiri, bersama dengan Rachid Ganouchi yang turut serta di majlis itu)

Syed Azman melaporkan, jutaan rakyat Turki serta perwakilan gerakan Islam dari seluruh dunia menyhertai majlis perkebumian mujahid agung itu.

Suasana di Masjid Al-Fateh di tengah-tengah kota Istanbul di selubungi rasa sayu dan sedih yang amat memilukan, lapor beliau.

Pemergian mujahid agong Nechmuddin Erbarkan di tangisi jutaan rakyat Turki serta umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/daily_picture/feb2011/erbakan_nangis.jpg"Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita," tulis beliau dari sana.

(Gambar: Rakyat Turki menangisi pemergian Erbakan)

Nechmuddin Erbarkan, seorang pejuang Islam yang gigih merupakan bapa perubahan gerakan Islam Turki yang telah merobah corak politik yang ada di Turki.

Beliau pernah di kenakan tahanan rumah, pernah keluar masuk penjara, pernah menjadi Perdana Menteri Turki dan juga amat gigih memperjuangkan reformasi politik di Turki.

Beliau juga amat di hormati di peringkat antarabangsa serta menjadi ’bapa’ kepada pimpinan gerakan Islam di  seluruh dunia termasuk Malaysia.

Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.

"Beliau juga mempunyai hubungan 'istimewa' dengan Presiden PAS, Datuk Sri Abdul Hadi Awang," tulis Syed Azman kepada Harakahdaily.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/daily_picture/feb2011/erbakan_pic.jpg"Saya yang sempat hadir mewakili Presiden serta seluruh kepimpinan PAS di majlis perkebumian beliau, merasa amat pilu dan sayu apabila melihat hampir dua juta rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk sama-sama bersolat jenazah di masjid Al Fateh di tengah-tengah kota Istanbul.

(Gambar: Jutaan rakyat Turki memberikan penghormatan terakhir kepada Erbakan di tengah-tengah kota Istanbul)

"Semua pejabat dan jalan-jalan di tutup dan rakyat berpusu-pusu dri pagi lagi menuju ke Masjid Al Fateh.

Turut hadir adalah Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Rechab Tayyib Erdogan. Kedua-dua mereka adalah merupakan anak murid kepada Sheikh Erbarkan," lapor beliau.

Pimpinan Gerakan Islam dari seluruh dunia juga turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Mujadid Agong ini, antaranya, Sheikh Rachid Ghanoushi dari Tunisia, Mohammad Nazzal dari Hamas, Sheikh Mehdi Akiff dari Ikhwan Muslimin Mesir, Qadhi Hussien Ahmed dari Jamaat Islami Pakistan serta pimpinan gerakan Islam dari Moroko, Algeria, Sudan, England, Austria dan Afrika Selatan.

Selepas solat jenazah, beliau di kebumikan di perkuburan Negara yang terletak berdekatan dengan Masjid Al Fateh.

"Sayu dan pilu saya melihat ribuan rakyat yang menangis terisik-isik mengiringi pemergian mujahid agong ini," katanya.

Dari anak-anak kecik kepada yang tua semua bersedih dengan pemergian pimpinan agong mereka ini.
Sahabat-sahabat dari gerakan Islam juga tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu mengiringi jenazah Mujahid Agong ini.

Inilah contoh Mujahid agong yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Airmata kesedihan membasahi semua pimpinan gerakan islam yang hadir dan pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti.

"Selamat tinggal Mujahid Agong Nechmuddin Erbarkan," tulis Syed Azman dalam laporannya.

 

DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies within the Group.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...