PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

16 May 2012

KARNIVAL IMARAH MASJID & SURAU-SURAU 2012 (KARIMS'12)

 Masjid al-Hasanah Bandar Baru Bangi dan surau-surau Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Pejabat ADUN Bangi telah mengadakan Karnival Imarah Masjid dan Surau-Surau 2012(KARIMS' 12) pada 4 hingga 6 Mei 2012.Perasmian telah disumpernakan oleh Pegawai Tadbir Agama PAID Hulu Langat.
 
 Berbagai program telah diatur bagi memeriahkan lagi karnival tersebut seperti forum perdana, kuliah subuh, kuliah dhuha, slot jom tanya ustaz, malam kesenian Islam, pertandingan nasyid bawah 18 tahun, pertandingan kanak-kanak seperti (mewarna, melukis poster, mahir jawi dan pidato kecil), pertandingan untuk wanita seperti (gubahan, anyaman ketupat, kupas nenas dan gubahan), pertandingan Futsal, Explorace, pertunjukan motosikal dan gerai-gerai jualan.

 

Surau al-Kauthar telah diberikan tapak untuk gerai pameran serta mempromosikan surau. Dua kemah kecil telah didirikan berhampiran pintu masuk utama Masjid.

Tabung serta jualan wakaf kupon untuk pembangunan tambahan Surau  telah disediakan bagi menambahkan dana surau.

Muslimat telah diamanahkan menjaga gerai bermula daripada pagi hingga malam mulai 4-6 Mei 2012, disamping jualan buku-buku, beg sekolah, serta barang-barang kering.

Majlis penutup telah disumpernakan oleh ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...