PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

12 December 2012

REHLAH AL-KAUTHAR

Surau al-Kauthar telah menganjurkan rehlah ke Tasik Belum, Banding Grik Perak pada 9 hingga 11 Disember 2012. Seramai 15 ahli jemaah surau dan 5 orang kakitangan JKR Ipoh telah mengikuti rombongan rehlah tersebut.

Pada program tersebut juga diadakan kuliah maghrib dan kuliah subuh di atas boat house sebagai santapan rohani jemaah yang mengikuti rehlah tersebut.

Sambil berehlah joran pancing juga dibawa bersama manalah tau ada Toman atau Kelah yang mau memakan pancing.

Ternyata hanya beberapa ekor Toman dan Sebarau yang mampu dinaikkan oleh kaki pancing daripada surau.

Sebelum ini juga jemaah surau telah mengadakan beberapa siri lawatan dan rehlah seperti lawatan ke Tahfiz di Kembodja, Melawat Mangsa Gempa di Acheh, China., Moroco dan lawatan ke Tahfiz di dalam Negara seperti di Arau, Perlis dan lain lain Mahad Tahfiz.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...