PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

23 October 2012

Yaumul Arafah



“Yaumul Arafah adalah satu hari di mana ummat islam yang sedang mengerjakan ibadah haji berkumpul dan berwukuf di padang arafah. Bagi mereka yang tidak mengerjakan rukun islam ke lima tersebut amatlah digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Puasa tersebut dipanggil puasa sunat yaumul arafah yang mana tahun ini jatuhnya pada hari khamis 25/10/2012. Hukumnya adalah sunat muakkadah.
 Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit daripada Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya, maksudnya;

”Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” HR Muslim.
Bersempena dengan itu, pihak surau al kauthar akan mengadakan majlis iftar yaumul arafah pada hari khamis ini bermula jam 6.30 petang. Jamaah semua digalakkan berpuasa dan sama-sama datang berbuka di surau.
 Tentatif program adalah seperti berikut:
                 6.30 ptg – Bacaan Yaasin, tahlil dan Doa
                7.00 ptg   - Berbuka puasa
                                - Solat Maghrib
                                - Takbir Raya
                                - Tazkirah Eidul Adha oleh Ust Shukri Yusof
                                - Solat Isya
                                - Jamuan 
Semua muslimin dan muslimat dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Sumbangan juadah untuk berbuka dan jamuan selepas program amatlah dialu-alukan. Sila bawa juadah tersebut bersama-sama semasa datang jam 6.30 petang. Ini bertujuan supaya urusan menghidang makanan dapat dibuat dengan sebaik mungkin.”
 Terima kasih. Wassalaamualaikum.


Sahabat semua,

Kerajaan Malaysia telah menetapkan 1 Zulhijjah 1433H jatuh pada hari rabu ini (17/10/2012). Ini bermakna tarikh 10 Zulhijjah (Eidul Adha) ialah pada hari jumaat, 26/10/2012.

Saya ada sertakan sedikit bahan yang saya ambil dari laman web ust Dr Basit Abdul Rahman untuk kita semua ambil pengajaran dan panduan bagi kita semua. Satu perkara yang saya nak highlightkan ialah tentang hadith Rasulullah SAW yang melarang peserta-peserta yang akan melakukan ibadah korban untuk tidak memotong kuku dan membuang bulu dari badan kita, bermula dari 1 hinggalah 10 Zulhijjah. Oleh yang demikian, saya nak ingatkan kalau boleh, hari ini, kita potong kuku-kuku kita dan cukur bulu-bulu mana yang perlu dan mulai besok kita kena simpan sampailah tarikh 10 Zulhijjah. Malam raya tu, barulah kita potong balik kuku dan bulu-bulu dibadan kita.

Ingatlah, sembelihan korban adalah merupakan satu ibadah. Maka ianya perlulah dilakukan seperti mana yang telah disyariatkan dan dibuat seperti yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW. Kalau tak dapat seratus peratus betul pun, biarlah kita usahakan supaya sedapat mungkin paling hampir dengan apa yang Rasulullah buat.

Wallaahualam.

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA UNTUK SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...