PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

02 July 2012

KONVENSYEN NCDP 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

Surau al-Kauthar Fasa 4 Bandar Baru Bangi telah terpilih menyertai Konvensyen NCDP 1 Malaysia (penyakit tidak berjangkit) peringkat Kebangsaan 2012 pada 29 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012 di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang mewakili Negeri Selangor anjuran bersama Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 15 penyertaan pembentangan Lisan (Komuniti) dan 15 pembentangan Poster telah di pertandingkan.

Surau al-Kauthar telah berjaya menjadi Naib- Johan dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 650.00 pada pertandingan tersebut yang bertajuk Masjid Sejahtera di Kalangan Komuniti Surau al-Kauthar, Bangi, Hulu Langat, Selangor.

Pengerusi dan AJK Surau mengucapkan terima kasih kepada Komuniti Surau al-Kauthar kerana telah memberikan kerjasama sehingga terpilih mewakili Negeri Selangor ke Konvensyen NCDP 1 M dan menjadi Naib- Johan peringkat Kebangsaan, khususnya kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, Selangor

  Pembentangan projek NCDP oleh Ustaz Hj Ismai bin Hj Hashim
Pengerusi sedang membantu bagi melancarkan pembentangan
Hadir ke Konvensyen di ILP Kepala Batas Ustaz Hj Ismail Hashim (Pembentang), Pengerusi Surau Hj Nadzri Daud dan Wakil Pemuda Surau Muhammad Nawfal.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...