PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

06 June 2012

TAZKIRAH JUMAAT


TAZKIRAH JUMAAT: PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Enam punca penyebab penyakit dari perut:

1.      Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
Cuba seboleh-bolehnya mengikut skim pyramid makanan yang disarankan dalam jurnal-jurnal kesihatan. Makanan seharian kita mestilah seboleh-bolehnya mewakili semua zat seperti karbohidrat, protein, fiber, vitamin dan sebagainya.

2.      Terlalu berlebihan semasa makan.
Konsep yang diajar oleh Rasulullah iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang hendaklah dipraktikkan. Elakkan pembaziran kerana sesungguhnya sikap membazir itu adalah saudara syaitan.

3.      Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi atau dimasuki serangga.
Ikutlah apa yang diajar oleh Rasulullah iaitu sekiranya minuman kamu dimasuki atau dihinggapi lalat maka tenggelamkanlah ia dan buangkan bangkainya, kemudian barulah diminum minuman tersebut. Sesungguhnya sayap lalat itu sebelahnya racun dan sebelahnya lagi adalah penawar.

4.      Tidak cermat semasa meneliti isi kandungan makanan.
Bercermatlah dalam meneliti kandungan atau ingredian bahan makanan yang kita makan. Tentukanlah yang ianya halal dan bersih. Jauhilah bahan-bahan yang menimbulkan syak dan syubhah.

5.      Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri
Bersihkan tangan sebelum makan terutama selepas bekerja dengan melibatkan benda-benda yang kotor dan sebagainya. Bersihkan juga bekas makanan dan minuman dan membasuhnya dengan baik selepas menggunakannya. Sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian dari iman.

6.      Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor
Kalau kita tidak tahu maka bertanyalah kepada mereka yang tahu. Inilah konsep yang patut kita ikuti dalam apa jua masaalah atau persoalan yang kita hadapi. Orang yang paling arif tentang ubat-ubatan ini adalah para doktor. Jadi bertanyalah dulu kepada mereka sebelum mengambil sesuatu ubat untuk digunakan.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, insyaAllah ianya akan dapat menghindari penyakit-penyakit kronik dan sebagainya. Amalan yang dilakukan oleh Rasulullah iaitu dengan selalu mengamalkan puasa adalah merupakan sebaik-baik amalan untuk pencegahan dan pengubatan. Sabda Rasulullah SAW, yang maksudnya “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah).

Wallahua’lam. Haji Zulkifli Salleh.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...