PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

04 October 2011

Program Solat Hajat & Bacaan Yasain

Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Surau Al-Kauthar Fasa 4, BBB telah mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin bagi mendoakan kejayaan anak-anak yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM tahun ini pada 29 September 2011 (Khamis), bermula daripada Solat Maghrib.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Haji Ismail Hashim selepas Isyak

Turut hadir YDP Persatuan Ibu bapa dan Guru-Guru sekolah, Ir Hj Ahmad Mustaffa Mustaal bin Abdullah, Pengetua Sekolah Menengah Jalan 4, ibu-bapa serta anak-anak yang akan mengambil peperiksaan tersebut.

Lebih daripada 1,000 orang telah hadir ke program tersebut yang merupakan program tahunan sekolah bersama surau Al-Kauthar.

Doa dariapada Pengerusi, AJK dan ahli karih Surau Al-Kauthar kepada anak-anak yang akan mengambil peperiksaan



 Imam sedang memimpin majlis bacaan Yasin




 Ustaz Ismail Hashim sedang menyampaikan tazkirah




 sedang mendengar tazkirah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...