PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

17 October 2011

CERAMAH SAUDARA SHAH

Saudara Shah Kirit Kakulal Govindji (pendakwah bebas) telah menyampaikan ceramah umum pada hari Selasa  10 Oktober, 2011 bersamaan 13 Zulkaedah 1432H bermula daripada Maghrib di Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Berbagai persoalan telah dilontarkan kepada jemaah yang hadir begitu juga dengan pertanyaan daripada jemaah kepada saudara Shah Kirit yang telah memeluk Islam 15 tahun yang lalu. Kesemua jemaah berpuas hati dengan ceramah yang diberikan. Saudara Shah menekankan betapa pentingnya kita berdakwah demi menyambung tugas Rasullallah S.A.W untuk seluruh umat manusia.

Tidak ada ertinya kita menunjuk pandai dikalangan umat Islam sahaja tetapi hendaklah kita berdakwah kepada penganut agama lain betapa Agama Islam adalah Agama yang benar menurut ajaran Al-Quran dan Al- Sunnah Nabi S.A.W. Beliau juga menyarankan supaya semua Umat Islam tidak mengenepikan Al-Quran dan mestilah memahami serta mengamalkan isi-isi Al-Quran kerana setiap hujah daripada agama lain semuanya dapat dipatahkan dengan Al-Quran sahaja.

Lebih daripada 700 orang terdiri daripada  muslimin dan muslimat telah hadir mendengar ceramah saudara Shah yang julung-julung kali diadakan disurau Al-Kauthar.

 Saudara Shah Kirit Kakulal Govindji sedang menyampaikan ceramah

 Bersama Si Celek yang menanyakan soalan apa dia Islam dan apa yang patut dilakukan sebagai seorang Islam
  Pengerusi Surau Hj Nadzri bersama Saudara Shah Kirit



1 comment:

  1. SAYA BAGI PIHAK SEKRETARIAT BANGI BANDAR ILMU MENGALUKAN MAKLUMAT DARI PIHAK SURAU UNTUK DIMUATKAN DI BLOG BANGI BANDAR ILMU SEPERTI RESOLUSI BAGI KONVENSYEN MASJID-SURAU YANG LALU.
    UNTUK SEBARANG INFORMASI, BOLEH DIHANTAR KE EMEL, sekre.bbi@gmail.com. dan yang paling penting, adalah digalakkan pihak surau untuk mewujudkan JADUAL KULIAH DALAM BENTUK GOOGLE CALENDAR, UNTUK KEMUDAHAN SHARING. SYUKRAN.

    "MEREALISASIKAN BANGI SEBAGAI BANDAR ILMU"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...