PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

28 September 2011

PERJUMPAAN HARIRAYA DAN MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI

Surau Al-Kauthar telah mengadakan perjumpaan Hari Raya Idulfitri 1432H dan meraikan bakal-bakal haji yang akan menunaikan haji pada tahun ini pada 25 September 2011 yang lalu.

Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat untuk bakal-bakal haji yang terpilih menunaikan haji tahun ini bermula daripada Maghrib hingga Isyak, manakala jamuan Hari Raya bermula selepas Isya.

Turut terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini Siak Surau En Mohd Razmi Abdul Hamid & isteri serta ibu dan Pengerusi biro Keselamatan Surau Dato' Hj Abd Karim & isteri

Pengerusi surau sedang menyampaikan cenderahati kepada Dato' Karim (AJK Surau) yang akan menunaikan Haji pada tahun ini.
Muslimin sedang beratur untuk mengambil juadah pada perjumpaan Hari Raya Idulfitri 1432H

Muslimat sedang memilih juadah kegemaran.
ADUN Bangi Y.B Dr Shafie Abu Bakar bersama jemaah di perjumpaan Hari raya di Surau Al-Kauthar.
Gerai ABC merupakan pilihan gerai paling laris pada perjumpaan Hari Raya-AJK Pemuda sedang melayan permintaan pengunjung .

Pada majlis itu juga Pengerusi Surau Tuan Haji Nadzri Daud telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada bakal-bakal haji serta mendoakan agar mendapat haji yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan menunaikan ibadat tersebut.

Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar serta isteri adalah diantara tetamu yang diundang pada malam  tersebut.

Diantara jemaah surau yang terpilih menunaikan haji setakat ini ialah:

1. Dato' Hj Abd Karim Abdul Rahman dan isteri
2. Encik Azman dan isteri
3. Encik Abas Marsani
4. Ustaz Ahmad Shukri
5. Dr Shaffe Hj Mohd Daud dan isteri ( Pn Puziah Hussain)
6. Encik Hassan Hamdani dan isteri
7. Cikgu Zulhemay Mohd Jidin dan isteri (Pn Samilah binti Jusoh)
8. Encik Zulkifli bin Mohamad dan isteri
9. En Md Ariffin bin Hj. Dahalan dan isteri (Pn Faridah Hj Abu Bakar)
10. Encik Mohd Azhar bin Khalid dan isteri (Dr Nadzrah Abu Bakar)
11. Dato' Dr Rehir Dahalan dan isteri
12. En Adon Hj Sahlan dan isteri
13. Dr Shahrin Azuan bin Nazeer & isteri (Dr Teh Noranis Mohd Aris)
14. En Jamaludin Ahmad & isteri
15. En. Mohd Razmi Abdul Hamid dan isteri serta ibu.
16. En Zanudin Mohd Daud dan isteri



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...