PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

14 February 2011

Minum lapan gelas air sehari

Berita Harian, Jumaat – 4 April 2008
LONDON: Sekumpulan saintis menyangkal dakwaan bahawa meminum lapan gelas air sehari adalah baik untuk kesihatan manusia sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu mitos.

Kumpulan saintis itu berpendapat bahawa sehingga kini tiada bukti dengan meminum sejumlah besar air dapat memberi manfaat kepada kesihatan seseorang dan mereka tidak mengetahui bagaimana kepercayaan itu boleh tersebar.

Kumpulan pakar buah pinggang di Amerika Syarikat membuat kajian terhadap dakwaan bahawa dengan meminum lapan gelas air sehari dapat membuang toksin dalam badan, menghalang kenaikan berat badan dan meningkatkan tona kulit.

Dr Dan Negoianu dan Dr Stanleu Goldfarb dari Bahagian Hypertensi, Elektrolit dan Renal di Universiti Pennsylvania berkata bahawa tiada satu kajian menunjukkan bahawa purata kesihatan manusia memerlukan untuk meminum sejumlah air melebihi 1.5 liter setiap hari.

"Tidak jelas dari mana datangnya cadangan seumpama itu," kata mereka dalam Journal of The American Society of Nephrology.

Berita Harian, Jumaat – 4 April 2008
............................................................................

Dimana-mana, kita disarankan minum air 8 gelas sehari. Sekiranya kita berjumpa doktor, kebanyakannya akan menasihati agar banyakkan minum air untuk sihat. Berlainan dengan pakar Colour Vibration Therapy (CVT), kita disarankan supaya kurang minum air.

Malahan, sehari sebenarnya, tubuh kita hanya memerlukan 1 1/2 gelas air sejuk sahaja sehari. Mungkin ramai yang sangsi, dan ada juga yang memberi alasan, bibir akan kering sekiranya kurang minum air.

Maklumat mengenai tatacara minum air dan kemudaratan yang akan dialami sekiranya kita minum banyak air boleh didapati dalam blog Dr. Ariffaizal di artikel Petua Pengambilan Makanan.

Semoga kita dapat manfaat dari artikel ini.

Di sini juga, saya kongsi bersama kajian yang telah dibuat oleh Universiti Pennsylvania yang dimuatkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertarikh 4 April 2008. Kepada pembaca yang tidak berkesempatan membacanya boleh merujuk di sini. Artikel tersebut bertajuk "Minum air banyak tidak bermakna lebih sihat - Kajian."

WASHINGTON 3 April - Satu kajian oleh Universiti Pennsylvania menunjukkan tanggapan bahawa minum air dalam kuantiti yang banyak baik untuk kesihatan sebenarnya tidak mempunyai bukti kukuh.
Dua penyelidik dari universiti tersebut, Dr. Stanley Goldfarb dan Dr. Dan Negoianu yang mengkaji risalah saintifik mengenai kesan air terhadap kesihatan mendapati pengambilan air yang banyak tidak bermakna seseorang itu akan lebih sihat.

Mereka mendapati, orang yang tinggal di kawasan beriklim panas memang memerlukan lebih banyak air sementara orang yang menderita beberapa jenis penyakit lebih cergas dengan pengambilan air yang lebih.
"Namun ia tidak menunjukkan minum air dalam kuantiti yang banyak akan menjamin kesihatan seseorang itu,"tegas mereka.

Hasil kajian yang disiarkan dalam Journal of the American Society of Nephrology itu sekaligus menafikan saranan bahawa minum lapan gelas sehari akan membuatkan "seseorang itu lebih sihat."

Penemuan mereka itu sekaligus mengiakan kajian Dr. Heinz Valtin dari Sekolah Perubatan Dartmouth pada 2002 yang mendapati saranan pengambilan banyak air adalah "dongeng dan bukan satu dogma perubatan."

Goldfarb dan Negoianu menjalankan ujian dalam "empat mitos besar" mengenai pengambilan air dengan banyak iaitu pembuangan toksin, meningkatkan warna kulit, mengurangkan rasa lapar dan menurunkan kekerapan sakit kepala.

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh

............................................................................

Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan lainnya meriwayatkan dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: "Tidak ada suatu tempat hunian anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap saja, sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa ia harus berbuat, maka hendaknya satu pertiga diisi untuk makanannya dan satu pertiga didiisi untuk minumannya, serta satu pertiga lagi diisi untuk nafasnya."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...