PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

23 February 2011

KEJOHANAN PING-PONG TERBUKA AL-KAUTHAR 2011

Kejohanan ping-pong terbuka Al-Kauthar 2011 telah diadakan pada 20 Februari 2011 (Ahad) bertempat di Surau Al-Kauthar BBB bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat mengalakan daripada anak kariah surau, terutama para penonton yang ingin menyaksikan kehebatan pertandingan yang dibahagikan kepada 3 katogeri iaitu Vateran, Remaja dan Belia serta kategori bawah 16 tahun. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan yang tidak berjaya cuba lagi dan kuatkan azam.

Keputusan pertandingan Katogeri Vateran

Johan:           Hj. Shaari bin Hj Jahar
Naib Johan:  Hj Syed Hishamuddin bin Syed Ahmad
Ketiga :        Dato' Hj Karim bin Ab. Rahman

Kategori Remaja dan Belia:

Johan:          Afnan Hafiz bin Abdul Fatah
Naib Johan:  Sadiq bin Ramli
Ketiga:         Anas bin Hj Anuar

Kategori Bawah 16 tahun:

Johan :          Muhammad Najmi bin Hj Nadzri
Naib Johan: Syafiuddin bin Mohd Rohani
Ketiga:         Arif bin Talip



22 February 2011

TADABBUR DAN AMALANKAN

1.JIKA anda mendengar laungan azan, tinggalkanlah hal duniawi yang sedang dilakukan dan segeralah  kerjakan Solat.
2. MANFAATKANLAH masa yang terluang dengan membaca dan mengkaji Al-Quran. Luangkan sedikit waktu untuk menghadiri majlis-majlis ilmu.
3.BERUSAHALAH untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa yang mulia dan salah satu dari syiar Islam.
4. ELAKKAN dari bertengkar mengenai perkara yang remeh-temeh kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan.
5. KETAWA yang keterlaluan menjauhkan kita dari Allah kerana orang yang mendekatkan diri dengan Allah SWT ialah orang yang sentiasa tenang.
6. GURAUAN yang tidak berfaedah akan mencalarkan peribadi kita dengan orang lain. Ummat yang sentiasa berjihad merupakan orang-orang yang tenang dan serius.
7. GUNALAH nada yang lembut apabila berbual dengan orang lain. Suara yang lantang bukan sahaja menyakitkan telinga, malah ia juga merupakan perbuatan yang sia-sia.
8. GUNAKANLAH lidah kita untuk berkata mengenai perkara yang berfaedah, berdakwah dan memuji Allah.
9. BERAMAH mesra sesama manusia amat digalakan. Kasih sayang adalah dasar dakwah Islam.
10. JANGANLAH membuang masa orang lain dengan urusan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Hargailah masa untuk diri kita dan juga orang lain.



KURSUS PENYEMBELIHAN

Kursus Penyembelihan telah diadakan di Surau Al-Kauthar pada 12 Februari 2011 (Sabtu). Kursus bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Ustaz Hj. Ismail Hashim telah mengendalikan kursus tersebut bermula daripada teknik mengasah / memilih alat yang tajam hinggalah penyembelihan mengikut Islam dilakukan.

Seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut dan sebanyak 30 ekor ayam telah disembelih oleh para peserta kursus.
Ustaz Hj Ismail Hashim sedang menunjukan teknik/ cara-cara penyembelihan yang betul

  Sebahagian daripada para peserta Kursus Penyembelihan sedang kusyuk mendengar taklimat

                      Peserta celek sedang memegang ayam sembelihan



21 February 2011

Kanser inikah penawarnya? try this website (INFO YANG SANGAT BERGUNA- InsyaAllah)

Untuk panduan ahli jamaah al kauthar semua.

TK.
Haji Zul.





     Kanser inikah penawarnya?

   Assalamualaikum

   Ramai  manusia  di  dunia  ini  bahkan  rakyat Malaysia sendiri mengidap
   penyakit  yang sangat ditakuti dan hampir tiada harapan untuk merawatnya
   iaitu  kanser.  Manusia  sekarang  sudah  setkan  dalam pemikiran mereka
   bahawa  kanser  sudah  tiada  penawarnya  dan peluang untuk hidup sangat
   tipis.  Sudah  berapa  ramai  manusia yang meninggal dunia dalam setahun
   akibat  daripada  penyakit  ini.  Hal  ini disebabkan keyakinan terhadap
   Allah tidak wujud dalam diri setiap manusia itu sendiri.

   Mari kita sama-sama kembali semula kepada al-Quran dan as-Sunah mengenai
   penyakit-penyakit  yang  Allah  ciptakan  ini.  Sangat  banyak dalam nas
   mengatakan  bahawa  setiap  penyakit  itu  ada  penawarnya kecuali mati.
   Kenapa  kita  mengatakan  bahawa  penyakit  kanser  itu tiada penawarnya
   sedang  janji  Allah  itu  benar.  Takkanlah Allah hendak menarik semula
   firmannya  setelah  semua  umat  Islam sudah mengetahuinya. Sesungguhnya
   Allah itu maha bijaksana dan maha mengetahui.

   Berdasarkan  maklumat  daripada  internet,  sudah  sah bahawa kanser ada
   penawarnya,   cuma  tidak  ramai  yang  mengetahuinya  oleh  sebab  yang
   tertentu.   Penawarnya   ialah  Vitamin  B17.  Mungkin  ada  yang  sudah
   mengetahuinya  tetapi  menganggapnya  sebagai  pencegahan  atau  apa-apa
   sahaja dan bukan penawar kepada kanser. Mungkin betul dan mungkin salah.
   Bagi  saya  ia  adalah  salah.  Bagi saya inilah penawar yang dijanjikan
   Allah.

    Apakah   buktinya?  Saya  akan  terangkan.  Untuk  pengetahuan,  kajian
   mengenai  Vitamin  B17 ini telah banyak dijalankan serta dibukukan dalam
   sebuah  buku  bernama  'World  Without  Cancer'  oleh G. Edward Griffin.
   Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Laetrile dan Amygdalin ini banyak
   ditemui  dalam  biji buah dalam kumpulan Prunus Rosacea seperti aprikot,
   ceri,  peach  dan  plum.  Ia  juga  boleh dijumpai dalam rumput, jagung,
   sekoi,  biji  epal  dan  banyak lagi yang kebiasaannya telah diketepikan
   dalam  menu  makanan  masyarakat  sekarang.  Ramai yang tidak mengetahui
   bahawa  biji  buah  mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti protein
   dan  beberapa  mineral.  Vitamin B17 paling banyak terkandung dalam biji
   buah  aprikot.  Rawatan  kanser dengan menggunakan Vitamin B17 ini telah
   lama  digunakan  oleh doktor-doktor terkenal semenjak 35 tahun yang lalu
   seperti  Dr.  Ernesto  Contreras,  Dr. Micheal Tait, Dr. Dean Burk iaitu
   pakar  kanser  dari  Jerman  dan Dr. Ernest Kreb Jr iaitu pakar biokimia
   yang  juga  pengasas  Vitamin  B17.  Betapa  yakinnya  para-para saintis
   terhadap  Vitamin  B17  ini  sehingga  dapat  membuat  kesimpulan bahawa
   sesiapa yang memakan 7 biji aprikot(bijinya) sehari, badannya tidak akan
   dapat  membentuk sel kanser. Begitu juga dengan beberapa kesimpulan lain
   bahawa  seseorang  itu  tidak  akan dapat penyakit scurvy jika mengambil
   sebiji  buah  oren sehari dan penyakit pellagra jika mengambil vitamin B
   setiap hari.

   Sekarang kita lihat bagaimana Vitamin B17 ini dapat membunuh sel kanser.
   Mula-mula kita kena tahu bahawa dalam badan kita terdapat berbagai-bagai
   jenis  enzim  untuk  menjalankan berbagai-bagai proses. Salah satu enzim
   dalam badan kita adalah enzim Rhodanese yang terdapat jumlah yang banyak
   dalam  badan  tetapi  tidak pada sel kanser. Satu lagi enzim iaitu enzim
   Beta-Glucosidase  yang  terdapat  banyak di sel kanser tetapi tidak pada
   badan  kita.  Vitamin  B17 terkandung di dalamnya dua jenis glukos iaitu
   Hydrogen Cyanide dan Benzaldehyde(analgesic/painkiller). Enzim Rhodanese
   akan   memecahkan(break)   Vitamin   B17   dengan  kehadiran  air  untuk
   mengeluarkan  dua  jenis  glukos  tadi  apabila ia masuk ke dalam badan.
   Apabila  Vitamin  B17  dan  enzim  Beta-Glucosidase bertemu, satu tindak
   balas  kimia  berlaku di mana dua jenis glukos tadi akan bergabung untuk
   menghasilkan  sejenis  racun  yang seribu kali ganda bisanya. Racun yang
   dibawa  oleh hasil gabungan dua jenis glukos tadi iaitu Hydrogen Cyanide
   dan  Benzaldehyde  hanya  akan  bertindak balas dengan satu benda sahaja
   iaitu sel kanser sekali gus memusnahkan sel kanser dalam badan.

   Lihat rajah di bawah;





   (Embedded image moved to file: pic18540.jpg)

   Secara  ringkas  dan mudah difahami inilah cara Vitamin B17 membunuh sel
   kanser.  Sub hana llah  betapa hebatnya ciptaan Allah. Sekarang kita masuk
   kepada  ;  kenapa  tidak ramai yang mengetahui rawatan ini dan kenapa ia
   tidak dijadikan sebagai rawatan kanser di negara kita begitu juga dengan
   beberapa  negara  lain.  Jawapannya ialah ianya haram. Bukannya haram di
   sisi  Islam  tetapi  haram  dari  segi  penjualannya. Mungkin ramai yang
   tertanya-tanya  kenapa  ia haram untuk dijual malah ia sangat baik untuk
   merawat kanser. Jawapannya sangat mudah iaitu duit.

   Untuk   pengetahuan  semua,  Vitamin  B17  merupakan  salah  satu  bahan
   perubatan  yang  menjadi  kontroversi sekitar 20 tahun yang lalu apabila
   beberapa  orang  saintis  terkenal dunia mengatakan bahawa beberapa biji
   buah  mentah  yang  terdapat  di dalamnya Vitamin B17 menjadikannya 100%
   mustahil  untuk  membentuk  sel  kanser  malah mempunyai kebolehan untuk
   membunuh sel kanser dalam kebanyakan kes. Sebenarnya banyak sebab kenapa
   ia  haram  tetapi  paling  jelas  ialah mengenai duit. Beberapa syarikat
   perubatan  dunia  membuat  kesimpulan  bahawa jika rawatan ini diketahui
   ramai,  sudah  tentu tidak ada lagi manusia yang akan membelanjakan wang
   yang  banyak  untuk mendapatkan rawatan yang mahal seperti chemotherapy,
   radiation dan mana-mana doktor pakar kanser yang lain.

   Oleh  itu,  mereka  akan  kerugian berbillion duit. Malah jika mana-mana
   doktor yang ingin merawat pesakitnya menggunakan ubat ini perlu terlebih
   dahulu   mengisi   borang   dan   menghantarnya   kepada   Food  &  Drug
   Administration(FDA)   untuk   pengesahan.  Tambahan  lagi,  jika  doktor
   tersebut  tersalah  menggunakan  ubat  tersebut atau melanggar peraturan
   yang   ditetapkan   oleh  FDA,  secara  automatik  dia  akan  kehilangan
   kerjayanya  sebagai  doktor. Pergilah ke mana-mana pembekal ubat-ubatan,
   pasti  Vitamin  B17 tidak dapat ditemui. Walaupun demikian, ada beberapa
   doktor  di  Malaysia sendiri yang sanggup mengambil risiko untuk merawat
   pesakit  kanser  menggunakan  kaedah ini tetapi tidak ramai malah mereka
   melakukannya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mana-mana pihak.

   Kebanyakan  doktor  yang  saya  tahu,  Alhamdulillah ianya dari kalangan
   doktor-doktor  Islam  itupun  tidak  terkenal.  Secara  padatnya  inilah
   sedikit  sebanyak mengenai Vitamin B17. Insya-Allah, ini merupakan salah
   satu ikhtiar kita. Jangan kita terlalu bergantung sangat kepada ubat ini
   kerana  yang  menyembuhkan  ialah  Allah  yang maha Berkuasa. Kita hanya
   berusaha dan selebihnya terletak kepada Allah.

   Ya  Allah,  inikah  penawar  kanser yang menjadi ketakutan ramai manusia
   zaman  sekarang?  Betulkah  ini  caranya?  Janganlah  kau tambahkan lagi
   pesakit kanser terutamanya yang beragama Islam, yang ingin hidup seperti
   manusia  biasa  dan  yang  ingin  melakukan  amal  ibadat  dengan  lebih
   sempurna.

   Wallahua'lam








16 February 2011

Telaga Kauthar

Rasulullah bersabda, "Ketika aku sedang berjalan di syurga, tiba-tiba aku melihat sebuah sungai yang tepinya seperti kubah-kubah permata yang melengkung. Aku bertanya: 'Wahai Jibril! Apa ini?' Ia menjawab: Ini adalah Kauthar yang Allah anugerahkan kepadamu.'Ternyata tanahnya adalah kasturi Azfar."

Rasulullah bersabda, "Telaga seluas perjalanan satu bulan. Airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada kasturi, cawan-cawannya sebanyak bintang di langit. Barangsiapa yang meminum daripadanya tidak akan merasa haus lagi selama-lamanya."

Para sahabat pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana tuan dapat mengenali umat tuan yang datang kemudian?" Baginda menjawab: "Tidakkah kalian dapat membezakan unta-unta yang berwarna putih di antara unta-unta yang berwarna hitam gelap?"

Para sahabat menjawab:"Ya."

Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan berkilatan kepala dan kaki mereka akibat (basuhan) wuduk. Dan aku telah menunggu (untuk menyambut) mereka di telagaku."



Dua puluh tujuh kali lebih baik

Abdullah bin Umar r.a. menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda. "Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian".



Kelebihan solat di masjid

Hadis: Orang-orang yang selalu ke masjid menjadi penduduknya. Malaikat-malaikat adalah sahabatnya, mengunjunginya apabila sakit dan menolonginya apabila kerja-kerjanya dikerjakan.



Kelebihan solat di masjid

Seseorang yang mengambil wudhu' di rumah, kemudian keluar dari rumahnya ke masjid adalah seumpama seorang yang selepas memakai ihram di rumahnya, keluar untuk mengerjakan fardhu haji.
-Hadis



Pindah dekat dengan masjid

Rumah-rumah Banu Salmah, satu kaum di Madinah, adalah jauh. Mereka berniat hendak pindah dekat dengan masjid. Rasulullah saw telah menasihati mereka dengan bersabda, "Tinggallah di mana kamu berada. Setiap langkah yang kamu langkahi pergi ke masjid adalah dicatitkan pahalanya untuk dirimu".



14 February 2011

Minum lapan gelas air sehari

Berita Harian, Jumaat – 4 April 2008
LONDON: Sekumpulan saintis menyangkal dakwaan bahawa meminum lapan gelas air sehari adalah baik untuk kesihatan manusia sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu mitos.

Kumpulan saintis itu berpendapat bahawa sehingga kini tiada bukti dengan meminum sejumlah besar air dapat memberi manfaat kepada kesihatan seseorang dan mereka tidak mengetahui bagaimana kepercayaan itu boleh tersebar.

Kumpulan pakar buah pinggang di Amerika Syarikat membuat kajian terhadap dakwaan bahawa dengan meminum lapan gelas air sehari dapat membuang toksin dalam badan, menghalang kenaikan berat badan dan meningkatkan tona kulit.

Dr Dan Negoianu dan Dr Stanleu Goldfarb dari Bahagian Hypertensi, Elektrolit dan Renal di Universiti Pennsylvania berkata bahawa tiada satu kajian menunjukkan bahawa purata kesihatan manusia memerlukan untuk meminum sejumlah air melebihi 1.5 liter setiap hari.

"Tidak jelas dari mana datangnya cadangan seumpama itu," kata mereka dalam Journal of The American Society of Nephrology.

Berita Harian, Jumaat – 4 April 2008
............................................................................

Dimana-mana, kita disarankan minum air 8 gelas sehari. Sekiranya kita berjumpa doktor, kebanyakannya akan menasihati agar banyakkan minum air untuk sihat. Berlainan dengan pakar Colour Vibration Therapy (CVT), kita disarankan supaya kurang minum air.

Malahan, sehari sebenarnya, tubuh kita hanya memerlukan 1 1/2 gelas air sejuk sahaja sehari. Mungkin ramai yang sangsi, dan ada juga yang memberi alasan, bibir akan kering sekiranya kurang minum air.

Maklumat mengenai tatacara minum air dan kemudaratan yang akan dialami sekiranya kita minum banyak air boleh didapati dalam blog Dr. Ariffaizal di artikel Petua Pengambilan Makanan.

Semoga kita dapat manfaat dari artikel ini.

Di sini juga, saya kongsi bersama kajian yang telah dibuat oleh Universiti Pennsylvania yang dimuatkan dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertarikh 4 April 2008. Kepada pembaca yang tidak berkesempatan membacanya boleh merujuk di sini. Artikel tersebut bertajuk "Minum air banyak tidak bermakna lebih sihat - Kajian."

WASHINGTON 3 April - Satu kajian oleh Universiti Pennsylvania menunjukkan tanggapan bahawa minum air dalam kuantiti yang banyak baik untuk kesihatan sebenarnya tidak mempunyai bukti kukuh.
Dua penyelidik dari universiti tersebut, Dr. Stanley Goldfarb dan Dr. Dan Negoianu yang mengkaji risalah saintifik mengenai kesan air terhadap kesihatan mendapati pengambilan air yang banyak tidak bermakna seseorang itu akan lebih sihat.

Mereka mendapati, orang yang tinggal di kawasan beriklim panas memang memerlukan lebih banyak air sementara orang yang menderita beberapa jenis penyakit lebih cergas dengan pengambilan air yang lebih.
"Namun ia tidak menunjukkan minum air dalam kuantiti yang banyak akan menjamin kesihatan seseorang itu,"tegas mereka.

Hasil kajian yang disiarkan dalam Journal of the American Society of Nephrology itu sekaligus menafikan saranan bahawa minum lapan gelas sehari akan membuatkan "seseorang itu lebih sihat."

Penemuan mereka itu sekaligus mengiakan kajian Dr. Heinz Valtin dari Sekolah Perubatan Dartmouth pada 2002 yang mendapati saranan pengambilan banyak air adalah "dongeng dan bukan satu dogma perubatan."

Goldfarb dan Negoianu menjalankan ujian dalam "empat mitos besar" mengenai pengambilan air dengan banyak iaitu pembuangan toksin, meningkatkan warna kulit, mengurangkan rasa lapar dan menurunkan kekerapan sakit kepala.

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh

............................................................................

Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan lainnya meriwayatkan dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: "Tidak ada suatu tempat hunian anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap saja, sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa ia harus berbuat, maka hendaknya satu pertiga diisi untuk makanannya dan satu pertiga didiisi untuk minumannya, serta satu pertiga lagi diisi untuk nafasnya."



11 February 2011

Tahukah anda? Renungan Jumaat

Sejarah Valentine's Day- (Hukumnya haram menyambut hari kekasih)

Sumber daripada Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang padri kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehinggalah beliau ditangkap dan diseksa didalam penjara

Semasa dipenjara beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama kristian dikalangan para banduan penjara serta membantu tawanan melepaskan diri daripada penjara tersebut. Di penjara beliau telah jatuh cinta dengan seorang gadis anak salah seorang pegawai dipenjara tersebut.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, sempat paderi tersebut menulis surat cinta kepada anak gadis yang bertandatangan daripada "Valentinemu". Sejak daripada itu orang-orang kristian mengambil tarikh 14 Februari setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka bernama Valentine.

Sedarlah bahawa perbuatan meraikan hari kekasih adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang kita anuti selama ini, jangan lah batalkan akidah kita dengan perbuatan terkutuk ini.

Patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan ? Alangkan jahilnya kita sehingga tidak dapat membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain, janganlah jadikan diri kita seperti Yahudi dan Nasrani seperti maksud hadis Rasullallah bersabda:

"Demi Allah yang nyawaku didalam gengaman Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk kedalam lubang Dhab. lantaran itu sahabat bertanya Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ? Baginda menjawab "Siapa lagi kalau bukan mereka?

Renungkanlah!



Surau Al-Kauthar @ FACEBOOK

Salam,



Memperkenalkan Facebook Surau Al-Kauthar, semoga akan menjayakan lagi jalinan ukhwah antara kita. Sila klik di sini.



10 February 2011

Kambing bore

Masakan Kambing adalah lambang masakan yang terkenal di Surau Al-Kauthar. Tukang masak terkenal berasaskan kambing ialah Tuan Hj Lewan Hj Wahid. Masakan kuzie yang menjadi pilihan jemaah surau.
Wakil Pemuda Surau Al-Kauthar bersama kambing bore
Biasanya kambing hidup disembelih dan dilapah sendiri, harga mengikut saiz dan berat badan kambing tersebut.



SENARAI PENCERAMAH TETAP/BULANAN DI SURAU AL-KAUTHAR 


1.             PROF. DR. ZULKIFLI BIN ABDUL GHANI – 013 3024928
2.             PROF. DR. ABDUL BASIR MOHAMAD- 013 3322345
3.             PROF (M) DR MUHD NAJIB B. ABDUL KADIR- 013 9183333
4.             PROF (M) DR HASHIM BIN MEHAT –  012 9304760
5.             DR . WAN NASYARUDIN BIN WAN ABDULLAH – 013 9237009
6.             USTAZ  KARIM BIN KECHIK –  012 6774770
7.             USTAZ MUAMAR GHADAFI - 0133049437
8.             USTAZ NIK AB. RAHIM BIN NIK ABDUL RAHIM – 019 4643234
9.             USTAZ  ABD. RAHMAN AWG SOH - 0123762415
10.          TN. HJ.  AHMAD MD.SAID - 0172373842
11.          USTAZ  KOL.ANAS- 016 4544856
12.          USTAZ MAHADIR BIN MD. NOR- 019 2535202
13.          USTAZ SHAUQI BIN OTHMAN – 019 3241364
14.          PROF. ( M) DR. HAFIZI BIN MOHD NOOR – 013 3685367
15.          USTAZ ISMAIL BIN HASHIM – 0192671948
16.          USTAZ YUSAINI BIN YAHYA         - 013 42O3344
17.          USTAZ DR. HASNAN BIN KASAN – 012 6557205
18.          PROF. DR. KHAIRUL ANUAR BIN MASTOR – 013 3306336
19.          USTAZ ZAINAL ABIDIN SARBINI
20.          USTAZ IZHAR ARIF KASIM



Yayasan Selangor Sumbang Al-Quran

Yayasan Selangor telah menyumbangkan sebanyak 270 naskah Al-Quran kepada Surau Al-Kauthar bagi kegunaan anak kariah surau.

Pengerusi Surau Tn Hj Nadzri Daud, Ketua Biro Pendidikan Ustaz Hj Ismail Hashim dan Siak En Mohd Razmi Abd Hamid mengambil Al-Quran tersebut di Menara Yayasan Selangor Jalan Persiaran Barat Petaling Jaya pada 9 Februari 2011.

Bangunan Yayasan Selangor PJ
Terima kasih kepada pihak Pengurusan Yayasan Selangor kerana telah memberikan sumbangan tersebut.



09 February 2011

Panas terik

Sabda rasulullah saw:

" Ada 3 perkara yang orang berlumba-lumba merebutnya kalau diketahui pahalanya. Ini ialah;
1. Melaungkan Azan
2. Pergi ke masjid untuk solat zohor dalam panas terik,
3. Berada di dalam barisan pertama dalam solat berjama'ah."



SENARAI PEWAKAF KERETA JENAZAH SURAU AL-KAUTHAR

SENARAI PEWAKAF KERETA JENAZAH
BILPEWAKAF
1AB AZIZ AMAT
2AB RAHMAN ALI
3AB. AZIZ LATIF (HJ)
4ABD GHANI (HJ)
5ABD RAHIM CHUKOK
6ABD RAHMAN YUNUS
7ABDUL HALIM
8ABDUL RAHMAN (HJ) 4/5
9ABDUL RAHMAN (HJ)(4/3)
10ABU BAKAR
11ABU BAKAR GHAZALI (DR)
12AHMAD AZMAN SHARIFF
13AHMAD BAIDOVE (HJ)
14AHMAD GEDANG (HJ)
15AHMAD JAILANI (HJ)
16AHMAD NAZARRI (HJ)
17AHMAD SAHALI MARDI
18ALIAS TAHAR
19ALIMAH ABU
20ALIMAN ABD HAMID
21AMIN HUSSANI
22AMIR ETON
23AMIR HAMZAH HARUN
24ANWAR ZAKARIA
25ARIFFIN (4/5)
26ARIFFIN DAHLAN
27ARW HJ HAMZAH ABD RAHMAN
28ARWAH ABD JALIL JAAMAT
29ARWAH HASSAN NORDIN
30ARWAH HJ MOHD NOH SHARIF
31ARWAH HJ MOHD SAID
32ARWAH HJH BIDAYAH
33ARWAH KAFI BAROWI
34ARWAH MOHAMAD RAMZI 
35AZIAN MUHAMAD ARIFF
36AZILLIA ABD RASHID
37AZLAND HANAFI
38AZMAN ATAN
39AZMI HAMID
40AZMI HJ ARSHAD
41AZMI SAMSI (HJ)
42BAHARUDDIN MD SOM
43BAHARUDDN
44BOHARI SAYED MOHD
45BUKHARI
46CAPT ZAHARDIN NORDIN
47CHE DIN MD AKIR
48CHE ESHAH CHE AWANG
49CIKGU (4/7)
50CIKGU ABDULLAH HAMID
51CIKGU ABU SAMAH & FAMILY
52CIKGU SURIMI
53COL ANAS
54COL HJ YUSOF ISA
55COL ZULKIFLI
56DATIN ROKIAH
57DATO' ABD HADI ABDUL RAZAK
58DATO RASHID
59DATO, MOHAR 
60DR ABD RAHIM AHMAD
61DR AHMAD AINUDDIN
62DR ANUAR AHMAD
63DR HJ ABU BAKAR MUSA
64DR HJ MISKANDAR HJ SHAARI
65DR HJ ZULKIFLE ABD GHANI
66DR ISLAHUDDIN (DATO')
67DR MAHMUD
68DR MOHD SALMI
69DR RIDZUAN (4/3)
70DR SALLEH (UPM)
71ELIAS JANI
72EZANI SUHAIMI (DR)
73FADZLYZAM
74FAUZI JOHAN
75GHAZALI KUTEM
76HA
77HAMBA ALLAH
78HAMBA ALLAH
79HAMBA ALLAH (RAJA)
80HAMDAN ADNAN (HJ)
81HAMIDAH OMAR
82HASBULLAH MUSTAPA
83HERMAN ABD LATIF
84HJ ABD RAHIM ABDULLAH
85HJ ABD RAHIM ALANG ENDUT
86HJ ABD RAHMAN ABD RAHIM
87HJ AHMAD ZAINI SHAARI
88HJ AMIR HAMZAH HJ UDIN
89HJ ANUAR (4/8D)
90HJ ANWAR (4/3)
91HJ AZHAR OMAR
92HJ AZMI SAMSI
93HJ GHANI
94HJ GHAZALI HJ FIEE
95HJ HASNAN
96HJ HUSSIN
97HJ ISMAIL SALLEH
98HJ KAMARUZZAMAN
99HJ MARHABAN OMAR
100HJ MOHD RAZIB MD YUSOFF
101HJ NAZRI (4/3)
102HJ NORIZAN
103HJ OMAR ABDULLAH
104HJ ROSLI HJ ABDULLAH
105HJ ROSLI KASAT
106HJ RUSLI HJ ABDULLAH
107HJ SAREH HJ MAT ARIS
108HJ SAUFI FAUZI
109HJ SHAARI CHIN
110HJ SULONG
111HJ ZAKARIA (PORIM)
112HJ ZAKARIA PUTEH
113HJ ZAMRI DARUS
114HJ ZULKEFLI SHAARI
115HJ ZULKIFLI SALLEH
116HJH LATIFAH ZAKARIA
117HJH MAZNON
118HJH NAPSIAH ISA
119HJH SALEHA HJ MOHD ALI
120IBRAHIM AZIZ
121IDRIS SHARIF
122IKMAL HISHAM MOHD HASHIM
123ISHAK ALI SHAH
124ISMAIL (4/6)
125ISMAIL HASHIM (UST)
126ISTERI MALIK
127IZHAR HUSIN
128IZHAR ISMAIL
129JOHAN KAFI
130KAMARUDIN AWANG
131KAMARUZAMAN ALI
132KAMARUZZAMAN AHMAD SUHAIMI
133KHAIRUDDIN YUNUS
134KHAZALI JAMALLUDIN
135MAHAWA PILUS
136MAIZATUL AKMAL SAHUDIN
137MALIK
138MARINA
139MASHUT MOHD HUSIN
140MASRUR KARSAN
141MD SHAMSHIR AHMAD
142MEGAT SALLEH MEGAT ABDULL
143MEOR ABD GHANI (HJ)
144MESNAH SHUKOR
145MOHAMAD ROSLI SHAFE
146MOHD AIDI M. JAMIL
147MOHD AMIN
148MOHD ANUAR ABDULLAH (COL)
149MOHD ARFAN AHMAD BAIDOVE
150MOHD FAIRUZ ABD RAHIM
151MOHD FUAD
152MOHD HAFIZ MOHAMAD (HJ)
153MOHD JASMY AB. RAHMAN
154MOHD MOKHTAR ISMAIL
155MOHD RADZI
156MOHD RAZMI ABD HAMID
157MOHD SALEH YUNUS
158MOHD SOM MURAD
159MOHD SUBRE ISHAK
160MOHD TAHIR
161NADZRI DAUD (HJ)
162NOBAYA AHMAD
163NOR AIZA
164NOR EHSAN JAN
165NORZILA (DR)
166NURUDDIN HASHIM (ARWAH)
167OSMAN SHARIF
168OTHMAN DAUD
169PAK LAH
170RAFIDI MOHAMED
171RAJA AZMI
172RAZMAN (DR HJ)
173RIDZUAN MOHD SHAM
174ROSEHAN (HJ)
175ROSLAN HALIM
176ROSLI (HJ)
177ROSMAN SUDIN
178SAHABUDIN BASIRON
179SAIFUL ISLAM WAN ZAHIDI
180SALEHUDIN A.RAHMAN
181SAMIAN ALI (HJ)
182SARMIN SUKIR
183SHAHIDAN SENAPI (DR)
184SHAMSUDDIN DAWAM
185SHARIFAH ISMAIL
186SHINUM A. RAHIM
187SHUKOR MOHD ALI (HJ)
188SOBRI ISHAK
189SUHAIMI ABD HAMID
190SYED HISHAMUDDIN 
191TALIB ZULKARNAIN (HJ)
192TERMIZI YAHYA
193UST ABDUL GHAFFAR
194UST TUMON
195WAHID (HJ)
196WAN ISMAIL (HJ)
197YAHYA SHUKUR (HJ)
198YUSOF (HJ)(4/7)
199YUSOF ISA (COL  HJ)
200YUSOF OMAR
201ZAINAL ISMAIL
202ZULKARNAIN HJ OSMAN
203ZUNAIDI CHE HASSAN

Pengerusi dan seluruh AJK Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang.


Gambar kereta Jenazah yang telah di beli hasil sumbangan para Jemaah dan Syarikat Dataran Focus Sdn Bhd. untuk manfaat kariah surau. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...