Sumber daripada Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang padri kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehinggalah beliau ditangkap dan diseksa didalam penjara
Semasa dipenjara beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama kristian dikalangan para banduan penjara serta membantu tawanan melepaskan diri daripada penjara tersebut. Di penjara beliau telah jatuh cinta dengan seorang gadis anak salah seorang pegawai dipenjara tersebut.
Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, sempat paderi tersebut menulis surat cinta kepada anak gadis yang bertandatangan daripada "Valentinemu". Sejak daripada itu orang-orang kristian mengambil tarikh 14 Februari setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka bernama Valentine.
Sedarlah bahawa perbuatan meraikan hari kekasih adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang kita anuti selama ini, jangan lah batalkan akidah kita dengan perbuatan terkutuk ini.
Patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan ? Alangkan jahilnya kita sehingga tidak dapat membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain, janganlah jadikan diri kita seperti Yahudi dan Nasrani seperti maksud hadis Rasullallah bersabda:
"Demi Allah yang nyawaku didalam gengaman Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk kedalam lubang Dhab. lantaran itu sahabat bertanya Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ? Baginda menjawab "Siapa lagi kalau bukan mereka?
Renungkanlah!
No comments:
Post a Comment