2. MANFAATKANLAH masa yang terluang dengan membaca dan mengkaji Al-Quran. Luangkan sedikit waktu untuk menghadiri majlis-majlis ilmu.
3.BERUSAHALAH untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa yang mulia dan salah satu dari syiar Islam.
4. ELAKKAN dari bertengkar mengenai perkara yang remeh-temeh kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan.
5. KETAWA yang keterlaluan menjauhkan kita dari Allah kerana orang yang mendekatkan diri dengan Allah SWT ialah orang yang sentiasa tenang.
6. GURAUAN yang tidak berfaedah akan mencalarkan peribadi kita dengan orang lain. Ummat yang sentiasa berjihad merupakan orang-orang yang tenang dan serius.
7. GUNALAH nada yang lembut apabila berbual dengan orang lain. Suara yang lantang bukan sahaja menyakitkan telinga, malah ia juga merupakan perbuatan yang sia-sia.
8. GUNAKANLAH lidah kita untuk berkata mengenai perkara yang berfaedah, berdakwah dan memuji Allah.
9. BERAMAH mesra sesama manusia amat digalakan. Kasih sayang adalah dasar dakwah Islam.
10. JANGANLAH membuang masa orang lain dengan urusan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Hargailah masa untuk diri kita dan juga orang lain.
No comments:
Post a Comment