PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

20 July 2011

FORUM PERDANA

Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi akan mengajurkan Forum Perdana Menjelang Ramadhan:

Pada         :  24 Julai 2011 (Ahad)
Bermula    :  Selepas Maghrib
Ahli Penal :  1) Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang al-Idrus.
                   2) Ustaz Zaidi Ramli  ( Bekas Timbalan Mufti Negeri Sembilan )
Moderator:  Ustaz Ahmad Shukri Yusof

Muslimim dan Muslimat adalah di Jemput Hadir dan Jamuan disediakan



SAUDARA BARU

Saudara Lim Peng Onn (No. k/p 820517-14-5055) beralamat No 69C, Jalan Sentul off Jalan Union, 51100 Kuala Lumpur telah memeluk Islam di Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 19 Julai 2011 bersamaan 17 Syaaban 1432H selepas Solat Maghrib. Syahadah dilafazkan di hadapan Ustaz Haji Karim Kechik dan disaksikan oleh jemaah Surau sebelum Kuliah Maghrib bermula.

Nama Islam yang dipilih ialah Abdullah Lim.



18 July 2011

KEJOHANAN BOWLING

Pertandingan bowling antara Masjid/ Surau DUN Bangi telah diadakan pada 17/07/2011 (Ahad) mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Ampang Bowl, Metro Point, Kajang. Sebanyak 20 pasukan telah mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Surau Al-Kauthar Fasa 4, BBB telah menghantar 2 pasukan pada kejohanan tersebut.

 Peserta kejohanan bowling surau Al-Kauthar Fasa 4, BBB
 Tersenyum sebelum kejohanan dimulakan agaknya kita boleh pukul dia orang ni
Muhammad Najmi sedang menerima cenderamata daripada ADUN Bangi.









15 July 2011

KULIAH DHUHA


Pada 02 Julai 2011 (Sabtu) yang lalu Surau Al-Kauthar telah menjemput Ustaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah (Pengacara Kalam Suci-astro Oasis dan Penceramah bebas) untuk menyampaikan Ceramah Dhuha bertajuk Rasullallah Merentas Alam mulai jam 9.30 pagi, sempena Israk Mikraj.

Lebih daripada 300 orang jemaah surau Al-Kauthar telah hadir mendengar kuliah tersebut.

Penceramah, Pengerusi Surau, Timbalan Pengerusi, Ketua Biro Pendidikan dan Ketua Biro Keselamatan

 
Penceramah dan isteri serta AJK Muslimat Surau Al-Kauthar



13 July 2011

SAUDARA BARU

Saudara Ong Sin Kok (No.k/p 551017-10-6575) telah memeluk Islam di Surau Al-Kauthar pada 12 Julai 2011 bersamaan 10 Syaaban 1432H selepas Solat Maghrib. Sahadah dilafazkan di hadapan Ustaz Mahathir Mohd Nor dan disaksikan oleh jemaah Surau Al-Kauthar sebelum kuliah maghrib bermula.

Nama Islam yang dipilih ialah Muhammad Omar Ong.



08 July 2011

PENGUMUMAN

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

KEMENTERIAN KESIHATAN DAN PIHAK JAWATANKUASA SURAU SEJAHTERA SURAU AL-KAUTHAR AKAN MENGADAKAN HARI PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK WARGA SURAU AL-KAUTHAR PADA:

TARIKH  : 09 JULAI 2011 (SABTU)
JAM         : 8.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : RUANG LEGAR SURAU AL-KAUTHAR, FASA 4, BBB

PEMERIKSAAN MELIPUTI:

* TEKANAN DARAH TINGGI
* KENCING MANIS
* TAHAP KOLESTROL
* TIMBANG BERAT BADAN (BMI)

WARGA AL-KAUTHAR, MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT UNTUK MENJALANI PEMERIKSAAN PADA HARI TERSEBUT DAN DIMINTA BERPUASA PADA MALAM SEBELUM PEMERIKSAAN UNTUK MENDAPATKAN BACAAN YANG TEPAT.



JADUAL BULAN JULAI 2011

JADUAL PENGAJIAN SURAU AL-KAUTHAR  BULAN JULAI  2011
Jadual kuliah ini tertakluk kepada perubahan


ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD




30.06.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL
01.07.2011

Ustaz Ariff Nazri
(UMUM)

02.07.2011

03.07.2011
Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)
04.07.0211
Us. Abd Razak Mahdi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)
05.07.2011
Us. Muammar Ghadafi
(Sirah)

06.07.2011
Ustaz Afnan Hafiz Ab. Fatah

07.07.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL
08.07.2011
Us Nik Ab. Rahim Nik Abdul Ghani
(Fekah)

09.07.2011
10.07.2011
Us. Karim Kechik
( Tajwid)

11.07.2011
Dr. Wan Nasyaruddin
( Al-Azkar- Imam Nawawi)

12.07.2011
Us. Mahadir Mohd Nor
(Mustika Hadis)

13.07.2011

14.07.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL

15.07.2011

16.07.2011
Ustaz Ahmad Shukri Yusof
( Nisfu Syaaban)
17.07.2011
Us. Karim Kechik
( Tajwid)
18.07.2011
Us. Abd Razak Mahdi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)
19.07.2011
Us. Muammar Ghadafi
(Sirah)


20.07.2011
Dr Anuar Ahmad
(Program Surau Sejahtera)
21.07.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL

22.07.2011
Us Nik Ab. Rahim Nik Abdul Ghani
(Fekah)

23.07.2011
Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)

24. 07.2011
FORUM PERDANA
(Ust Syed Mohd Norhisyam dan Ust Zaidi Ramli)
25.07.2011
Us Dr Hasnan bin Kasan (Fekah Solat)


26.07.2011
Us. Mahadir Mohd Nor (Hadis)


27.07.2011
Prof Dr Khairul Anuar (Keimanan)
28.07.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL

29.07.2011
PM Dr Hafizi Mohd Noor
(Sejarah)
30.07.2011
Dr Abdul Basit Abd Rahman
31.07.2011


KULIAH SUBUH ( BULAN JULAI 2011)

SABTU


02.07.2011
Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad
( Qanun Jenayah Syariat Islam )
09.07.2011
Us. Karim Kechik
( Tarannum )
16.07. 2011
Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad
( Qanun Jenayah Syariat Islam)
23. 07. 2011
Us. Karim Kechik
( Tarannum)


30.07.2011

Kuliah Subuh
AHAD
03.07.2011

Us Ahmad Shukri bin Yusof
10.07.2011

Tuan Hj Ahmad Mohd Said



17.06.2011


Prof Dr Zulkiple Abd Ghani
(Umum)
24.07.2011

Us. Abd.Rahman
Awg Soh
(Umum)
31.07.2011

Ustaz Ismail Hashim



*  SUMBANGAN DARIPADA MUSLIM DAN MUSLIMAT AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH



01 July 2011

TAZKIRAH PAGI JUMMAT

Dia mendekatkan aku dengan Allah


Abu Ya’la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a, beliau telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya: “YaRasulullah!
Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”
Sabda baginda yang bermaksud: “Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah(apabila kamu) melihatnya dan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada  Allah(apabila melihat) amalannya.”

Imam al-Munziri menyatakan bahawa kesemua rantaian periwayat hadis ini adalah sahih kecuali Mubarak bin Hassan. Bagaimanapun telah diriwayatkan daripada Mubarak oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Adab al-Mufrad dan juga oleh Ibn Majah dalam Kitab Sunan beliau.

Bukalah mata hati kita. Kita hadirkan diri kita dalam majlis Rasulullah s.a.w. Kita lihat di sana para sahabat sedang mengelilingi Rasulullah s.a.w  di dalam satu halakah (lingkaran). Lalu dalam majlis yang begitu mulia, seorang sahabat bertanyakan satu soalan. Soalan yang begitu ringkas.Namun ringkasnya soalan bukanlah ukuran ketinggian kualiti dan kedalaman maknanya.

Paling Afdal

Bagi para sahabat, kesempatan dapat bersama Rasulullah s.a.w seumpama memasuki lombong emas.Saat ini adalah saat yang amat berharga.Saat yang mereka sanggup tebus hatta dengan nyawa.Saat merekea disirami limpahan nur Rasulullah s.a.w. Saat tika mata mereka dapat menatap wajah suci Rasulullah s.a.w. yang bercahaya.Saat ketika telinga mereka dapat mendengar sabda-sabda suci Rasulullah s.a.w.

Maka dalam kesempatan ini, mereka bertanya, siapakah teman yang paling baik? Ungkapan “yang paling baik” bermaksud “yang paling afdal”.Mereka bertanya siapakah teman yang paling afdal untuk mereka duduk-duduk bersama dalam sesuatu majlis?  Majlis bersama siapakah  yang  paling tinggi fadhilatnya?
Lalu Rasulullah s.a.w telah menjelaskan sifat-sifat orang yang patut mereka dampingi dan sertai dalam sesuatu majlis.

Dalam kitab Hashiyahal-Targhib dijelaskan maksud teman majlis yang baik itu adalah “orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya” iaitu seseorang yang apabila kamu melihatnya menyebabkan lidah kamu mula menuturkan zikrullah, bertasbih, bertahmid, dah bertamjid kepada Allah s.w.t. Hal ini berlaku disebabkan oleh keelokan peribadinya, kewarakannya serta ketaqwaannya. Beginilah tarbiah Rasulullah s.a.w kepada para sahabat.Begitu halus dan tinggi hikmahnya.Baginda tidak menjawab: “Sayalah teman majlis  yang terbaik!” Sebaliknya, memadai Baginda hanya menyenaraikan ciri-ciri teman majlis yang hebat iaitu:
Memandangnya, sudah cukup mendorong kita untuk ingat kepada Allah.
Mendengar bicaranya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita bertambah.
Melihat amalannya, menyebabkan kita ingat kepada akhirat.

Halakah ilmu

Apabila para sahabat mendengar ciri-ciri dan sifat-sifat yang hebat ini, mereka tahu itulah sebenarnya sifat yang ada pada diri Baginda.Namun, apabila Rasulullah s.a.w memperincikannya, ini lebih memudahkan lagi para sahabat untuk  menganggap dan memahaminya. Malah, jawapan Rasulullah s.a.w. ini sebenarnya adalah satu targhib (galakan dan dorongan) agar mereka berusaha mewujudkan sifat-sifat insan yang terbaik ini dalam diri mereka.
Para sahabat amat suka mengadakan halakah-halakah di dalam masjid. Sama ada halakah itu dibuat sesama mereka, mahu pun bersama-sama Rasulullah s.a.w. Melalui halakah-halakah di dalam masjid yang sebegini, mereka telah mendalami ilmu agama dan kefahaman agama.

Qurrah r.a. menyatakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w duduk di dalam masjid, maka para sahabat akan duduk mengelilingi Baginda dalam bentuk halakah-halakah. (Riwayat al-Bazzar)

Semoga Allah menjadikan diri kita juga suka untuk duduk-duduk di dalam masjid bersama mereka yang mampu menyebabkan hati kita menjadi hidup!

Sekian dulu, semoga ada menafaatnya kepada kita semua.

Wassalaamualaikum.

Haji Zulkifli Salleh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...