PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

01 July 2011

TAZKIRAH PAGI JUMMAT

Dia mendekatkan aku dengan Allah


Abu Ya’la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a, beliau telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya: “YaRasulullah!
Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”
Sabda baginda yang bermaksud: “Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah(apabila kamu) melihatnya dan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada  Allah(apabila melihat) amalannya.”

Imam al-Munziri menyatakan bahawa kesemua rantaian periwayat hadis ini adalah sahih kecuali Mubarak bin Hassan. Bagaimanapun telah diriwayatkan daripada Mubarak oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Adab al-Mufrad dan juga oleh Ibn Majah dalam Kitab Sunan beliau.

Bukalah mata hati kita. Kita hadirkan diri kita dalam majlis Rasulullah s.a.w. Kita lihat di sana para sahabat sedang mengelilingi Rasulullah s.a.w  di dalam satu halakah (lingkaran). Lalu dalam majlis yang begitu mulia, seorang sahabat bertanyakan satu soalan. Soalan yang begitu ringkas.Namun ringkasnya soalan bukanlah ukuran ketinggian kualiti dan kedalaman maknanya.

Paling Afdal

Bagi para sahabat, kesempatan dapat bersama Rasulullah s.a.w seumpama memasuki lombong emas.Saat ini adalah saat yang amat berharga.Saat yang mereka sanggup tebus hatta dengan nyawa.Saat merekea disirami limpahan nur Rasulullah s.a.w. Saat tika mata mereka dapat menatap wajah suci Rasulullah s.a.w. yang bercahaya.Saat ketika telinga mereka dapat mendengar sabda-sabda suci Rasulullah s.a.w.

Maka dalam kesempatan ini, mereka bertanya, siapakah teman yang paling baik? Ungkapan “yang paling baik” bermaksud “yang paling afdal”.Mereka bertanya siapakah teman yang paling afdal untuk mereka duduk-duduk bersama dalam sesuatu majlis?  Majlis bersama siapakah  yang  paling tinggi fadhilatnya?
Lalu Rasulullah s.a.w telah menjelaskan sifat-sifat orang yang patut mereka dampingi dan sertai dalam sesuatu majlis.

Dalam kitab Hashiyahal-Targhib dijelaskan maksud teman majlis yang baik itu adalah “orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya” iaitu seseorang yang apabila kamu melihatnya menyebabkan lidah kamu mula menuturkan zikrullah, bertasbih, bertahmid, dah bertamjid kepada Allah s.w.t. Hal ini berlaku disebabkan oleh keelokan peribadinya, kewarakannya serta ketaqwaannya. Beginilah tarbiah Rasulullah s.a.w kepada para sahabat.Begitu halus dan tinggi hikmahnya.Baginda tidak menjawab: “Sayalah teman majlis  yang terbaik!” Sebaliknya, memadai Baginda hanya menyenaraikan ciri-ciri teman majlis yang hebat iaitu:
Memandangnya, sudah cukup mendorong kita untuk ingat kepada Allah.
Mendengar bicaranya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita bertambah.
Melihat amalannya, menyebabkan kita ingat kepada akhirat.

Halakah ilmu

Apabila para sahabat mendengar ciri-ciri dan sifat-sifat yang hebat ini, mereka tahu itulah sebenarnya sifat yang ada pada diri Baginda.Namun, apabila Rasulullah s.a.w memperincikannya, ini lebih memudahkan lagi para sahabat untuk  menganggap dan memahaminya. Malah, jawapan Rasulullah s.a.w. ini sebenarnya adalah satu targhib (galakan dan dorongan) agar mereka berusaha mewujudkan sifat-sifat insan yang terbaik ini dalam diri mereka.
Para sahabat amat suka mengadakan halakah-halakah di dalam masjid. Sama ada halakah itu dibuat sesama mereka, mahu pun bersama-sama Rasulullah s.a.w. Melalui halakah-halakah di dalam masjid yang sebegini, mereka telah mendalami ilmu agama dan kefahaman agama.

Qurrah r.a. menyatakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w duduk di dalam masjid, maka para sahabat akan duduk mengelilingi Baginda dalam bentuk halakah-halakah. (Riwayat al-Bazzar)

Semoga Allah menjadikan diri kita juga suka untuk duduk-duduk di dalam masjid bersama mereka yang mampu menyebabkan hati kita menjadi hidup!

Sekian dulu, semoga ada menafaatnya kepada kita semua.

Wassalaamualaikum.

Haji Zulkifli Salleh.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...