Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Daripada Aisyah r.a, Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari qiamat kelak akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, (pahalanya) telah diterima di sisi Allah. Maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”
Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim.
Ibadah qurban mendidik keikhlasan dalam beramal, ketaatan pada Allah dan pengorbanan pada agama. Seorang Muslim yang berqurban pada setiap tahunnya berarti ia telah melakukan satu latihan amal yang diliputi oleh rasa ikhlas dan bersyukur. Oleh itu, bersempena dengan Hari Raya Qurban yang akan menjelma tidak lama lagi, Surau Al Kauthar Seksyen 4, BBB akan menganjurkan ibadah qorban/aqiqah pada Hari Raya pertama (6 November 2011). Satu bahagian lembu hanya RM370 sahaja. Pada tahun ini sebanyak 20 ekor lembu telah pun ditempah dari pihak penternak.
Muslimin muslimat yang berminat untuk menyertai ibadat korban/aqiqah ini bolehlah menghubungi pengerusi atau mana-mana AJK surau.
Semoga ibadah yang kita lakukan diterima Allah sebagai amal kebajikan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment