PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

22 April 2011

CERAMAH/ FORUM MUSLIMAT

"WASIAT RASULULLAH S.A.W KEPADA MUSLIMAT"

CERAMAH MUSLIMAT AKAN DIADAKAN PADA:

TARIKH :    23 APRIL, 2011
HARI       :    SABTU
JAM        :   9.30 PAGI
TEMPAT :   BILIK KULIAH SURAU AL-AKUTHAR, FASA 4, BBB

PENCERAMAH:
                      1. USTAZAH NUR ALINA BT ALI AL-MUNAWWAR
                         ( ALUMNI DAR AZ ZAHRAA' TARIM, YAMAN -PIMPINAN AL-HABIB UMAR
                                   BIN HAAFIZ PENGASAS DAN PEMBIMBING MAJLIS TA'LIM KOTA 
                                  SEMARANG INDONESIA

                    2. USTAZAH FATIMAH ABDILLAH JINDAN
                       (ALUMNI DAR AL LUGHAH WAD DA'WAH RACI BANGIL - PENGASAS DAN
                                 PEMBIMBING MJLIS ZIKIR WA TA'LIM AZ ZAHRAA' TEGAL, INDONESIA


SEMUA MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR



04 April 2011

KEMATIAN

KEMATIAN….


Setiap insan yang beriman harus menerima hakikat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Nikmat nyawa yang menjadi milik kita hari ini dan saat ini, hanyalah pinjaman semata-mata, apabila tiba masa yang ditetapkan, kita akan diambil semula dalam keadaan rela atau terpaksa oleh ALLAH S.W.T.


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA BERLAKUNYA KEMATIAN?

Apabila belaku kematian dikalangan ahli keluarga anda, siapakah yang anda perlu hubungi? Berapakah kos yang perlu ditanggung untuk mengurus jenazah?

Pihak pengerusi dan ahli jawatankuasa Surau Al-Kauthar telah menetapkan, jika berlakunya kematian, sekiranya jenazah dikebumikan di kawasan Sungai Tangkas, (berhampiran seksyen 4), kosnya adalah RM930.00, yang mana ianya meliputi:

1.     Upah gali kubur (telah ditetapkan masjid)               RM 380.00
2.     Kain Kapan dan pengurusan bilik jenazah                RM 250.00
3.     Urusan mandi jenazah                                              RM 150.00
4.     Kegunaan Van ke kubur (Sg. Tangkas)                      RM 150.00
                                                                                          RM 930.00         

5.   Sekiranya jenazah dibawa ke luar dari negeri Selangor, ianya tertakluk kepada perbincangan antara keluarga si mati dengan Pengerusi Surau dan kadar bayaran adalah mengikut jarak perjalanan, bayaran untuk pemandu, minyak dan tol.

6.   Imam dan talkin atas ihsan keluarga si mati.

Sila hubungi:

1.     Pengerusi Surau Al-Kauthar,
  Tuan Haji Nadzri Daud - ( 017-6704279)

Sekiranya kematian melibatkan jenazah wanita, sila hubungi Pengerusi,  atau AJK    Muslimat Surau Al-Kauthar:

1.     Biro Hal Ehwal Muslimat
  Puan Hajah Mahiran Ismail- (019-2368793)

2.     Biro Pengurusan Jenazah Wanita
  Puan Hajah Norashikin Baharom – (013-3638074)

Tanda- tanda kematian

Antara tanda- tanda roh akan keluar dari tubuh seseorang ialah:

·        terhulur kakinya
·        terbuka tapak tanganya
·        condong hidungnya
·        tegang kulit mukanya
·        turun sedikit pelipis ( diantara telinga dan mata)
·        berhenti denyutan nadi dan pernafasanya
·        jika orang yang dipatuk ular dan seumpamanya sukar diketahui mati ataupun tidak, cabutlah mana-mana bulu daripada badanya dan lekatkan pada sesuatu benda. Jika masih terlekat, bermakna dia belum mati dan begitulah sebaliknya.

Perkara sunat dilakukan selepas keluar roh.

·   Sunat memejamkan mata si mati supaya tidak menjadi keji pandangannya. Jika mata      masih terbuka, boleh diletakkan duit syiling atau seumpamanya di atas mata mayat agar matanya tidak terbuka.
·    Ikat dagu si mati dengan kain dan lilitkan di kepalanya supaya tidak terbuka mulutnya dan tidak dimasuki serangga. Sekiranya si mati memakai gigi palsu, sebaik-baiknya ditanggalkan, jika sukar, biarkan sahaja.
·    Perlembutkan sendi-sendi si mati dengan mengerakkan bahagian sendi, boleh diurut dengan menggunakan sedikit minyak untuk memudahkan ketika memandikan dan mengkafanka jenazah.
·    Tanggalkan pakaian si mati sekiranya pakaiannya tebal kerana ianya boleh menyebabkan mayat cepat rosak, kemudian gantikan dengan kain nipis yang menutupi seluruh badannya.
·    Letakkan sesuatu yang berat ( sekadar 20 dirham = 500 g -+) di atas perut si mati supaya tidak kembung.
·    Pindahkan mayat tersebut ke tempat yang lebih tinggi seperti katil, serta menghadap kiblat sebagaimana keadaanya semasa hampir mati.
·    Letakkan kedua tangan di atas dadanya seperti dilakukan ketika solat atau diluruskan sahaja.
·    Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, orang yang junub, haid, nifas hendaklah keluar dari tempat si mati kerana kehadiran mereka boleh menganggu para malaikat.
·    Memasang bau-bauan di dalam bilik si mati.
·   Menjelaskan segala hutang piutang si mati dan melaksanakan wasiatnya sekira tidak bertentangan dengan syariat.
·    Bersegera menguruskan jenazah sekiranya yakin bahawa dia telah mati.

Amalan ketika menziarahi jenazah

Islam amat mengalakkan umatnya menziarahi jenazah saudaranya yang meninggal dunia dan ianya merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.

Perkara yang perlu dilakukan ketika menziarahi jenazah ialah:

·        Membaca ayat-ayat suci Al- Quran, terutamanya Surah Yaasin.
·        Membaca Surah Al-Fatihah dengan niat menghadiahkan pahalanya pada si mati
·        Perbanyakkan doa semoga ALLAH mengampuni dosa-dosanya.
·        Jangan bercerita hal-hal dunia yang tida faedah dan membuat bising.
·        Membantu menyelenggarakan jenazah dan menyabarkan ahli waris si mati.

Antara kesilapan yang selalu dilakukan, ialah masih boleh berbual, ketawa sesama sendiri tanpa mengambil iktibar diatas kematian tersebut. Perbuatan ini boleh menyinggung perasaan waris si mati.

Ada juga pihak warisnya sibuk memasak makanan dan menjamu orang yang hadir seolah satu kenduri, sepatutnya, para penziarah yang membawa makanan atau memasak makanan. Tradisi ini membebankan waris yang masih bersedih.



30 March 2011

Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun



Tahun Ini Kita Akan Mengalami 4 Tarikh Yang Jarang Berlaku Dalam Setahun Iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.

Serta Bukan Itu Sahaja, Cuba Ambil Dua Nombor Terakhir Tahun Kita Di Lahirkan dan Tambah Dengan Umur Kita Pada Tahun Ini, Keputusannya Ialah 111 Buat Semua Orang.

Pada Bulan Oktober Akan Ada 5 Kali Hari Sabtu, 5 Kali Hari Ahad dan 5 Kali Hari Isnin. Ini Hanya Akan Terjadi Sekali Setiap 823 Tahun.
 



20 March 2011

Bengkel Melukis Kartun Remaja

Kelab Remaja Surau Al-Kauthar (KRISS) dengan kerjasama Kelab Remaja IKRAM (IKRAM Teens) telah menganjurkan Program Bengkel Melukis Kartun untuk remaja di Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 Mac 2011 (Ahad) mulai jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Lebih daripada 40 orang peserta telah mengikuti program tersebut.

Antara objektif:
1) Mendedahkan remaja tentang peranan kartun dalam membawa kebaikan untuk ummah,
2) Pendedahan oleh pelukis kartun yang telah menerbitkan komik tentang teknik melukis kartun,
3) Menonjolkan bakat dan potensi terpendam dalam diri remaja dan
4) Mengeratkan silaturrahim antara Kelab Remaja Surau Al-Kauthar (KRISS) dengan Kelab Remaja IKRAM (IKRAM teens).

















11 March 2011

Pertandingan Karom

Pertandingan karom terbuka Al-Kauthar telah diadakan pada 5 dan  6 Mac. 2011. Pertandingan dibahagikan kepada 3 bahagian, Sekolah Rendah, Menengah dan Dewasa.

Sekolah Rendah

Pertama : Kumpulan No. Name
               (Muhammad Afif Abdul Talip & Muhammad Arif bin Abdul Talip)  

Kedua   : Kumpulan Kertas
               ( Muhammad Naufal bin Jamaludin & Arif Nur Azam bin Awang)

Ketiga   : Kumpulan Nenas
              ( Muhammad Afiq bin Hj. Ismail  & Mohd Alif Daniel bin Abdullah)

Sekolah Menengah

Pertama : Kumpulan Has Name.
              ( Muhammad Najmi bin Nadzri & Ammar Zuhair bin  Talip ) 

Kedua  : Kumpulan Kacak
             ( Ahmad Irshad & Muhammad Akmal )

Ketiga  :  Kumpulan Jus Soli
             ( Muhammad Hanafi  & Adam bin Ismail)

Dewasa

Pertama : Dato' Karim bin Ab. Rahman

Kedua  : Afnan Hafiz bin Ab. Fatah

Ketiga  : Hj Abdul Malek bin Harun             



Pertandingan Azan, Bercerita kisah Nabi dan Nasyid.

Surau Al-Kauthar telah mengadakan pertandingan Azan, Bercerita kisah Nabi dan Nasyid pada 5 Mac. 2011 (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari, terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sambutan yang diberi amat mengalakan daripada jemaah surau. Ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak yang mengambil bahagian pada pertandingan tersebut.

Keputusan Azan (Sekolah Rendah)

Pertama: Muhammad Muaz bin Mohd Ghazali
Kedua : Muhd. Hakimi bin Ezmanizon
Ketiga : Muhammad Shahmi Aiman bin Mohd Shahrin

Azan (Sekolah Menengah)

Pertama: Amin Farhan bin Noor Mahizuddin
Kedua : Muhammad Naim bin Abdullah
Ketiga : Syed Ahmad Imran bin Syed Hishamuddinah.

Bercerita Kisah Nabi

Pertama : Nur Ardini binti Hj Ismail
Kedua   : Muhd Arfan bin Mahfidz

Nasyid

Pertama : Kumpulan Sautul Rijal
Kedua   : Suara Al-Amin
Ketiga   : Putera Harapan







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...