PENGUMUMAN
31 January 2013
16 January 2013
CERAMAH PERDANA
Labels:
Aktibiti
11 January 2013
AQIQAH
AQIQAH
Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
HUKUM AQIQAH
Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.
Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.
Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.
Labels:
Renungan Jumaat
KUNCI CINTA SEJATI
KUNCI CINTA SEJATI
Tiada siapa yang berhajat untuk hidup sengsara di dalam
dunia ini. Setiap insan mengharapkan kebahagiaan dan kesempurnaan hidup. Namun
tidak semua apa yang kita inginkan mampu kita miliki. Kita juga seringkali
diduga dan diuji dan daripada dugaan dan ujian inilah akan dapat diukur sejauh
mana darjat kita disisi Allah SWT dan juga di mata dunia.
Kesengsaraan dan penderitaan akan segera hilang, keperitan
akan segera pulih setelah kita benar-benar kenal dan mendapatkan cinta sejati.
Cinta sejati dari Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang inilah yang
membendung dan membenteng diri kita daripada rasa ketidakbahagiaan.
Allah SWT berfirman:
“… dan sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang
menyusahkannya).” (Surah At-Talaq 65:2)
Lantaran itu kunci-kunci penghapus penderitaan itu ialah:
1. Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasulnya.
Seperti kata Sayyidina Umar RA, “Mulianya kita adalah kerana Islam…”
2. Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar
dan ketaqwaan.
3. Kunci syurga adalah mengesakan Allah SWT (Tauhid).
4. Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan
tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya.
5. Kunci kebaikan adalah kejujuran
6. Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Qur’an, berdoa
di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.
7. Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu bertanya dan
mendengar dengan baik.
8. Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
9. Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
10. Kunci bertambahnya ni’mat adalah bersyukur.
11. Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap dunia.
12. Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah SWT adalah berdoa.
Namun kunci paling besar dalam urusan ini ialah “sabar dan
bertaqwa”.
Labels:
Renungan Jumaat
CERAMAH PERDANA
Surau Al-Kauthar akan mengadakan Ceramah Perdana:
PADA : 18 JAUNARI 2013 (JUMAAT)
JAM : 7.30 MALAM
PENCERAMAH: USTAZ YUSAINI YAHAYA
TEMPAT : SURAU AL-KAUTHAR
FASA 4, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
Semua dijemput hadir- jamuan disediakan
PADA : 18 JAUNARI 2013 (JUMAAT)
JAM : 7.30 MALAM
PENCERAMAH: USTAZ YUSAINI YAHAYA
TEMPAT : SURAU AL-KAUTHAR
FASA 4, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
Semua dijemput hadir- jamuan disediakan
Labels:
Aktbiti
USRAH REMAJA BULAN JANUARI 2013
Surau Al-Kauthar dengan Kerjasama Kelab Pewaris Serdang akan mengadakan
USRAH UNTUK REMAJA BERUMUR 7-17 TAHUN
"Jom Hadapi Tahun Baru"
PADA : 11 JAUNARI 2013 (JUMAAT)
JAM : 9.15 MALAM
TEMPAT : SURAU AL-KAUTHAR
FASA 4, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
Terbuka kepada Semua anak remaja berumur 7-17 tahun
Labels:
Aktbiti
JADUAL JANUARI 2013
JADUAL
PENGAJIAN SURAU AL-KAUTHAR BULAN JANUARI
2013
Jadual kuliah ini tertakluk kepada perubahan
(BULAN PEMANTAPAN AKIDAH)
Jadual kuliah ini tertakluk kepada perubahan
(BULAN PEMANTAPAN AKIDAH)
ISNIN
|
SELASA
|
RABU
|
KHAMIS
|
JUMAAT
|
SABTU
|
AHAD
|
01/01/2013
Ustaz
Muammar Ghaddafi Hanafiah (Sirah)
|
02/01/2013
Ustaz Ahmad Fahmi
Mohamad
|
03/01/2013
BACAAN YASIN DAN TAHLIL
|
04/01/2013
Prof. Madya Dr Hashim
Mehat
(Akidah/ Akhlak)
|
05/01/2013
|
06/01/2013
Us. Zainal Abidin
Sarbini
(Akidah)
|
|
07/01/2013
Ustaz Hj. Abd Razak
Mahadi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)
|
08/01/2013
Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
|
09/01/2013
Ustaz Rosli
bin Mokhtar
|
10/01/2013
BACAAN YASIN DAN TAHLIL
|
11/01/2013
Ustaz Nik Abd Rahim Nik
Abd Ghani
(Fekah)
|
12/01/2013
Ustaz Mohd Izhar Ariff bin Mohd
Kasim (Halal Haram Dalam Islam)
|
13/01/2013
Us. Hj Karim Kechik
(Tajwid)
|
14/01/2013
Dr. Wan Nasyaruddin
Al-Azkar-Imam Nawawi)
|
15/01/2013
|
16/01/2013
Ustaz Ahmad Fahmi
Mohamad
|
17/01/2013
BACAAN YASIN DAN TAHLIL
|
18/01/2013
Ceramah Perdana –Ustaz Hj. Yusaini Yahya
|
19/01/2013
Ustaz Johari
bin Abd wahab
|
20/01/2013
Us Karim Kechik
(Tajwid)
|
21/01/2013
Ustaz Hj. Abd Razak
Mahadi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)
|
22/01/2013
Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
|
23/01/2013
Prof. Madya Dr
Kamaruzzaman Yusof (Fiqh
al-aulaliat)
|
24/01/2013
BACAAN YASIN DAN TAHLIL
|
25/01/2013
Ustaz Nik Abd Rahim Nik
Abd Ghani
(Fekah)
|
26/01/2013
|
27/01/2013
Us. Zainal Abidin
Sarbini
(Akidah)
|
28/01/2013
Ustaz Dr Hasnan Kasan
(Fekah Solat)
|
29/01/2013
Dr Hj Lokman Hj
Abdullah
|
30/01/2013
Dr Hafizi Mohd Noor
|
31/01/2013
BACAAN YASIN DAN TAHLIL
|
KULIAH SUBUH ( BULAN JANUARI 2013)
SABTU
|
05.01.2013
Prof. Dr Abdul Basir Mohamad (Aqidah)
|
12.01.2013
Ustaz Hj. Karim Kechik (Taranum)
|
19.01. 2013
Prof. Dr Abdul Basir Mohamad
(Aqidah)
|
26. 01. 2013
Ustaz Hj. Karim Kechik (Taranum)
|
|
AHAD
|
06.01.2013
Ustaz Hj Ahmad Shukri
Yusof
|
13.01.2013
Tuan Hj Ahmad Md Said
|
20.01.203
Ustaz
Muammar Ghaddafi Hanafiah
|
27.01.2013
Ustaz Khairil Khuzairi
Omar
|
* SUMBANGAN DARIPADA MUSLIM DAN MUSLIMAT
AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH
Labels:
Jadual kuliah
Subscribe to:
Posts (Atom)