PENGUMUMAN
28 June 2012
KULIAH DHUHA DAN JUMBLE SALE
Labels:
Aktibiti
16 June 2012
RAYUAN SUMBANGAN TAMBAHAN SURAU
Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi masih memerlukan sumbangan daripada para dermawan untuk tambahan surau. Sumbangan boleh diserahkan kepada mana-mana AJK Surau atau masukan terus kedalam akaun Bank Muamalat atas nama SURAU AL-KAUTHAR no akaun 12070005273718.
Gambar-gambar pembangunan tambahan surau masih dalam pembinaan.
Labels:
Penderma / penyumbang
KULIAH MAGHRIB SYEIKH ALI JABER
Kuliah Maghrib akan diadakan pada ketetapan berikut:
Penceramah : Tuan Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber
Pada : 20 Jun 2012 (Rabu)
Jam : Selepas Maghrib
Tempat : Sarau Al-Kauthar
Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.
MUSLIMIM DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR.
Labels:
Aktbiti
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Labels:
Aktbiti
06 June 2012
TAZKIRAH JUMAAT
TAZKIRAH JUMAAT: PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT
Enam punca penyebab penyakit dari perut:
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
Cuba seboleh-bolehnya mengikut skim pyramid makanan yang disarankan dalam jurnal-jurnal kesihatan. Makanan seharian kita mestilah seboleh-bolehnya mewakili semua zat seperti karbohidrat, protein, fiber, vitamin dan sebagainya.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
Konsep yang diajar oleh Rasulullah iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang hendaklah dipraktikkan. Elakkan pembaziran kerana sesungguhnya sikap membazir itu adalah saudara syaitan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi atau dimasuki serangga.
Ikutlah apa yang diajar oleh Rasulullah iaitu sekiranya minuman kamu dimasuki atau dihinggapi lalat maka tenggelamkanlah ia dan buangkan bangkainya, kemudian barulah diminum minuman tersebut. Sesungguhnya sayap lalat itu sebelahnya racun dan sebelahnya lagi adalah penawar.
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungan makanan.
Bercermatlah dalam meneliti kandungan atau ingredian bahan makanan yang kita makan. Tentukanlah yang ianya halal dan bersih. Jauhilah bahan-bahan yang menimbulkan syak dan syubhah.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri
Bersihkan tangan sebelum makan terutama selepas bekerja dengan melibatkan benda-benda yang kotor dan sebagainya. Bersihkan juga bekas makanan dan minuman dan membasuhnya dengan baik selepas menggunakannya. Sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian dari iman.
6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor
Kalau kita tidak tahu maka bertanyalah kepada mereka yang tahu. Inilah konsep yang patut kita ikuti dalam apa jua masaalah atau persoalan yang kita hadapi. Orang yang paling arif tentang ubat-ubatan ini adalah para doktor. Jadi bertanyalah dulu kepada mereka sebelum mengambil sesuatu ubat untuk digunakan.
Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, insyaAllah ianya akan dapat menghindari penyakit-penyakit kronik dan sebagainya. Amalan yang dilakukan oleh Rasulullah iaitu dengan selalu mengamalkan puasa adalah merupakan sebaik-baik amalan untuk pencegahan dan pengubatan. Sabda Rasulullah SAW, yang maksudnya “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah).
Wallahua’lam. Haji Zulkifli Salleh.
Labels:
Renungan Jumaat
TAZKIRAH JUMAAT
MEMBUANG GALLSTONES SECARA SEMULAJADI
Kaedah ini telah berjaya ke atas ramai orang. Setiap orang ada gallstones yang mana ianya berada dalam pundi hempedu.
Salah satu simpton dari gallstones ialah kita rasa kembung atau angin selepas makan berat. Terasa seolah-olah makanan yang kita makan seperti tak dapat hadam. Dalam keadaan yang lebih serious, kita akan rasa sakit di kawasan ulu hati.
Jadi sekiranya kita rasa ada gallstones atau sudah disahkan oleh doktor maka kaedah berikut bolehlah di cuba.
Rawatan ini juga bagus untuk mereka-mereka yang punya masaalah berkaitan hati kerana hati dan gallstones adalah saling berkaitan.
Caranya ialah:
1. Untuk lima hari pertama minum sebanyak empat gelas jus apel setiap hari. ATAU pun makan empat hingga lima biji apel setiap hari. Jus apel akan melembutkan gallstones tersebut. Semasa lima hari ini makanlah seperti biasa.
2. Pada hari ke enam jangan ambil dinner (makan malam)
3. Pukul 6 petang, ambil satu sudu teh Epsom salt (magnesium sulphate) dan larutkan ke dalam satu gelas air suam dan kemudian minum air tersebut. Epsom salt boleh di dapati dari kedai farmasi.
4. Pukul 8 malam, minum satu gelas lagi air seperti kaedah nombor 3. Epsom salt akan membuka saluran gallbladder (hempedu).
5. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan olive oil (minyak zaitun) atau sesame oil (minyak bijan) bersama-sama dengan setengah cawan lemon juice (jus lemon). Campurkan kedua-duanya dengan baik dan minum. Campuran ini bertindak sebagai bahan pelincir untuk memudahkan pengeluaran batu tersebut.
Keesokan paginya, insyaAllah kita akan dapati batuan yang berwarna kehijauan akan keluar bersama-sama dengan najis.
Sekian, Selamat mencuba
Haji Zulkifli Salleh
Diterjemah secara bebas dari artikel Dr Lai Chiu Nan
Labels:
Renungan Jumaat
Subscribe to:
Posts (Atom)