PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

17 February 2012

Tazkirah Jumaat


TAZKIRAH JUMAAT: TIP KESIHATAN

Islam mengajar kita betapa pentingnya menjaga kesihatan dan lebih menitik beratkan tuntutan mencegah daripada mengubat. Antara amalan untuk menjaga kesihatan yang disarankan ialah:

1.      Mandi pagi sebelum subuh.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh menyihat dan menyegarkan tubuh badan kita.Ianya juga akan memberikan kekuatan kepada tubuh badankita. Amalan orang-orang tua kita yang memukul belakang badan dengan kain basahan selepas mandi juga elok di amalkan. Di katakan ianya akan memberikan kelegaan kepada uratsaraf dibahagian bahu dan belakang. Ini akan dapat menolong untuk mengelak dan menyembuhkan beberapa penyakit.

2.      Rasulullah mengamalkan meminum segelas air sejuk setiap pagi.
Minumlah air segelas air sejuk sekurang-kurangnya setiap pagi apabila bangun saja dari tidur.Seboleh-bolehnya sebelum gosok gigi dan sebagainya.Insya Allah ianya dapat menjauhkan kita dari penyakit.

3.      Memanjangkan waktu sujud.
Panjangkan waktu sujud, sekurang-kurangnya seminit .Ini hendaklah dibuat semasa solat sunat secara bersendirian .Misalnya semasa kita mengerjakan solat sunat semasa qiamullail.Ianya boleh mengelak dari pening atau migraine.Ahli-ahli sains telah menemui beberapa millimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah semasa dalam keadaan biasa. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Semasa bersujud juga bacalah apa saja zikir dan doa kerana semasa sujudlah kita berada paling hamper dengan Allah SWT.

4.      Tidak mencampurkan makanan laut dan daging (makanan darat) untuk dimakan dalam satu suapan.
Rasulullah SAW tidak menyukai dan menasihatkan agar kita tidak makan makanan darat bercampur dengan makanan laut secara serentak. Sebagai contoh, nabi pernah menegah para sahabat makan ikan bersama susu. Ini dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit seperti sakit perut, mual dan sebagainya. Ini terbukti apabila ahli sains mendapati bahawa dalam badan ayam ada mengandungi ion (+), manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadilah tindak balas biokimia dan hasilnya akan berlaku ketidak seimbangan kimia dalam usus dan badan kita, lalu ianya boleh kerosakkan usus kita. Apabila proses penghadaman terganggu, pelbagai penyakit boleh terjadi.

Dalam diet harian kita pula, kenalah banyakkan memakan sayuran dan fibre. Sebenarnya kalau ikutkan anatomi tubuh kita sendiri, misalnya susunan dan bentuk gigi dan juga struktur usus maka kita adalah lebihsesuai di ketegorikan dalam kumpulan herbivore daripada karnivor. Oleh itu banyakkanlah memakan sayuran danbuah-buahan.

5.      Menjilat jari selepas makan
Nabi juga mengajar kita makan menggunakan tangan dan bila habis makan hendaklah menjilat jari. Saintis mendapati bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat di dalam air liur. Ini akan menolong dalam pencernaan makanan itu sendiri.

6.      Makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang.
Baginda Rasulullah SAW akan hanya makan setelah Baginda berasa lapar dan akan berhenti makan sebelum sempat Baginda SAW berasa kenyang atau terlalu kenyang.  Sekiranya terdapat hidangan yang khas dihidang untuk Baginda sedangkan di sisi Baginda ada terdapat tetamu lain maka Baginda akan menjamah makanan tersebut dan berkongsi selebihnya dengan tetamu. Rasulullah makan sekadar mengalas perut dan bukan untuk memenuhkan perut. Makan sehingga kekenyangan akan memudaratkan tubuh, mengundang penyakit, merubah bentuk fizikal tubuh dari yang sepatutnya, otak menjadi lembam dan pergerakan menjadi lembab. Kajian menunjukkan juga, makan secara berlebihan adalah salah satu punca kepada penyakit seperti diabetes, sakitjantung, kerosakan buahpinggang dan sebagainya.

7.      Bersukan atau sekurang-kurangnya melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Nabi SAW menyukai aktiviti sukan bahkan menggalakkannya. Baginda pernah bermain kejar-mengejar dengan  Aisyah. Begitu juga Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk berlumba lari, memanah, berkuda dan berenang. Selain itu dari segi amal ibadah pula Rasulullah SAW menyuruh umatnya bangkit sepertiga malam untuk melakukan qiamullail.

8.      Mengawal dan menentukan bahawa makanan dan minuman kita hendaklah makanan dan minuman yang halal lagi baik dan juga bersumberkan dari sumber yang halal dan baik

Akhir sekali, saya sarankan sama-samalah kita cuba mengamalkan apa yang di ajar dan di tunjukkan oleh Rasulullah kerana disamping dapat menafaatnya kita juga akan mendapat pahala kerana kita mengikut sunnahnya.

Wallahua’lam.



15 February 2012

Jadual Kuliah Februari 2012


JADUAL PENGAJIAN SURAU AL-KAUTHAR  BULAN FEBRUARI  2012
Jadual kuliah ini tertakluk kepada perubahan


ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD



01/02/2012

02/02/2012


BACAAN YASIN DAN TAHLIL

03/02/2012


Prof. Madya Dr Hashim Mehat
(Akidah/ Akhlak)

04/02/2012

05/02/2012


Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)
06/02/2012

Ustaz Hj. Abd Razak Mahadi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)

07/02/2012

Ustaz Muammar Ghadafi
 (Sirah Nabi)


08/02/2012


Hj Anuwar



09/02/2012

BACAAN YASIN DAN TAHLIL

10/02/2012

Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
(Fekah)


11/02/2012

Ustaz Mohd Izhar Ariff bin Mohd  Kasim (Halal Haram Dalam Islam)
12/02/2012

Us. Hj Karim Kechik
(Tajwid)
13/02/2012

Dr. Wan Nasyaruddin
 Al-Azkar-Imam Nawawi)

14/02/2012

Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
15/02/2012

Ustaz Ahmad Fahmi Mohamad


16/02/2012

Ceramah perdana- Dr Aznan Hassan (UIA)
Kewangan Islam

17/02/2012

Bicara Kesihatan bersama Dr Hj Anuar Ahmad


18/02/2012


Prof. Dato’ Dr  Mohd Yusof Hj Othman
 (Sains dan Islam)
19/02/2012

 Us Karim Kechik
(Tajwid)
20/02/2012

Ustaz Hj. Abd Razak Mahadi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)

21/02/2012

Ustaz Muammar Ghadafi
 (Sirah Nabi)


22/02/2012

Prof Madya Dr Hafizi bin Mohd Noor
23/02/2012

BACAAN YASIN DAN TAHLIL
24/02/2012

Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
(Fekah)

25/02/2012

Ceramah Maulidur Rasul 1433
Ustaz Asmui
26/02/2012

Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)

27/02/2012

Ustaz Dr Hasnan Kasan (Fekah Solat)
28/02/2012

Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
29/02/2012

Prof. Madya Dr Kamaruzzaman Yusof (Fiqh
al-aulaliat)









KULIAH SUBUH ( BULAN FEBRUARI 2012)



SABTU





04.02.2012


 Prof. Dr Abdul Basir Mohamad (Qanun Jenayah Syariat Islam)

11.02. 2012


Ustaz Hj. Karim Kechik (Taranum)




18. 02. 2012


Prof. Dr Abdul Basir Mohamad (Qanun Jenayah Syariat Islam)


25/02/2012


Ustaz Hj. Karim Kechik (Taranum)




AHAD



05.02.2012

Ustaz Shauki
(Repek)
Kelantan


12/02/2012

TuannHj Ahmad Mohamad Said


19/02/2012

Ustaz Muammar Ghadafi


26.02.2012

Ustaz Ahmad Shukri Yusof




*  SUMBANGAN DARIPADA MUSLIM DAN MUSLIMAT AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...