PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

27 January 2012

JEMPUTAN KEMAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

Pengerusi dan Jawatankuasa Surau Al-Kauthar dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan ke Majlis penyampaian hadiah Program Maal Hijrah dan Anugerah Remaja Al-Kauthar 2011 yang akan di sempurnakan oleh YB Dr. Haji Ahmad Yunus Hairi -Exco Belia dan Sukan Selangor dan ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar pada 29/01/2012 (Ahad) Selepas Maghrib



JAMUAN MAKAN MALAM DISEDIAKAN



09 January 2012

Jadual Kuliah Januari 2012

JADUAL PENGAJIAN SURAU AL-KAUTHAR  BULAN JANUARI 2012
Jadual kuliah ini tertakluk kepada perubahan


ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD

30/01/2012

Penerangan Tai Che Chi Kong- PM Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah

31/01/2012

Prof Madya Dr Hafizi Mohd Nor











01/01/2012

Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)
02/01/2012

Ustaz Jaafar Salleh
(Kiblah)

03/01/2012

Ustaz Muammar Ghadafi
 (Sirah Nabi)


04/01/2012

Ustaz Afnan Hafiz Ab. Fatah



05/01/2012

TAZKIRAH –SAHAM WAKAF SELANGOR( Us. Hairul Hafiz Amri)

06/01/2012

Prof. Madya Dr Hashim Mehat
(Akidah/ Akhlak)

07/01/2012


08/01/2012

Us. Hj Karim Kechik
(Tajwid)
09/01/2012

Dr. Wan Nasyaruddin
 Al-Azkar-Imam Nawawi)

10/01/2012

Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
11/01/2012

Ustaz Ahmad Fahmi Mohamad


12/01/2012

BACAAN YASIN DAN TAHLIL

13/01/2012

Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
(Fekah)


14/01/2012

Ustaz Izhar Arif bin Mohd  Kasim
15/01/2012

 Us Karim Kechik
(Tajwid)
16/01/2012

Ustaz Hj. Abd Razak Mahadi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)

17/01/2012

Ustaz Muammar Ghadafi
 (Sirah Nabi)


18/01/2012

Prof Dr Khairul Anuar (keimanan Manusia)
19/01/2012

BACAAN YASIN DAN TAHLIL
20/01/2012

Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
(Fekah)

21/01/2012

BICARA KEWANGAN ISLAM
22/01/2012

Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)

23/01/2012

Ustaz Dr Hasnan Kasan (Fekah Solat)
24/01/2012

Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
25/01/2012



26/01/2012


BACAAN YASIN DAN TAHLIL

27/01/2012

Bacaan Yasin dan tahlil arwah- Permintaan drpd Raja Muhammad Adnan
28/01/2012

Ceramah Umum Us. Hj Zulkifli Mamat(Mursyid Imam Muda)
29/01/2012

Jualan barang terpakai- Penyampaian hadiah -Jemputan YB Hj Ahmad Yunus Hairi & Dr Shafie Abu Bakar
KULIAH SUBUH ( BULAN JANUARI 2012)




SABTU





07.01.2012


Ustaz Mohd Fauzi Mustafa
 (Jus Tok Guru)

Malam Lepas Isyak - Berbekam
14.01. 2012


Ustaz Hj. Karim Kechik (Taranum)




21. 01. 2012


Prof. Dr Abdul Basir Mohamad (Qanun Jenayah Syariat Islam)


28/01/2012


Ustaz Hj. Karim Kechik (Taranum)


Senamrobik



AHAD

01.01.2012


Tuan Hj Ahmad Mohd Said

08.01.2012

Prof Dr
Hj Zulkiple
Abd. Ghani


15/01/2012


Ustaz Muammar Ghadafi

22/01/2012


Ustaz Ibrahim

29.12.2011


Ustaz Saifullah (KUIS)




*  SUMBANGAN DARIPADA MUSLIM DAN MUSLIMAT AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH



06 January 2012

Tazkirah Jumaat



Dia mendekatkan aku dengan Allah

Abu Ya’la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a, beliau telah menceritakan bahawa Rasulullahs.a.w telah ditanya: “Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk  kami yang  manakah  paling baik? ”Sabda baginda yang Bermaksud: “Dia ialah orang yang mengingatkan  kamu kepada Allah(apabila kamu) melihatnya dan bertambah ilmu kamu (apabila mendengar) bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah(apabila melihat) amalannya.”

Imam al-Munziri menyatakan bahawa kesemua rantaian periwayat hadis ini adalah sahih kecuali Mubarak bin Hassan. Bagaimanapun telah diriwayatkan daripada  Mubarak oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Adab al-Mufrad dan juga oleh Ibn Majah dalam Kitab Sunan beliau.

Bukalah mata hati kita. Kita hadirkan diri kita dalam majlis Rasulullah s.a.w. Kita lihat di sana para sahabat sedang mengelilingi Rasulullah s.a.w di dalam satu halakah (lingkaran). Lalu dalam majlis yang begitu mulia, seorang sahabat bertanyakan satu soalan. Soalan yang begitu ringkas. Namun ringkasnya soalan bukanlah ukuran ketinggian kualiti dan kedalaman maknanya.

Paling Afdal
Bagi para sahabat, kesempatan dapat bersama Rasulullah s.a.w seumpama memasuki lombong emas. Saat ini adalah saat yang amat berharga.Saat yang mereka sanggup tebus hatta dengan nyawa. Saat mereka disirami limpahan nur Rasulullah s.a.w. Saat tika mata mereka dapat menatap wajah suci Rasulullahs.a.w. yang  bercahaya.Saat ketika telinga mereka dapat mendengar sabda-sabda suci Rasulullahs.a.w.

Maka dalam kesempatan ini, mereka bertanya, siapakah teman yang paling baik? Ungkapan “yang paling baik” bermaksud “yang paling afdal”. Mereka bertanya siapakah teman yang paling afdal untuk mereka duduk-duduk bersama dalam sesuatu majlis? Majlis bersama siapakah yang paling tinggi fadhilatnya? Lalu Rasulullah s.a.w telah menjelaskan sifat-sifat orang yang patut mereka damping dan sertai dalam sesuatu majlis.

Dalam kitab Hashiyahal-Targhib dijelaskan maksud teman majlis yang baik itu adalah “orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabilakamu) melihatnya” iaitu seseorang yang apabila kamu melihatnya menyebabkan lidah kamu mula menuturkan zikrullah, bertasbih, bertahmid, dah bertamjid kepada Allah s.w.t. Hal ini berlaku disebabkan oleh keelokan peribadinya, kewarakannya serta ketaqwaannya. Beginilah tarbiah Rasulullah s.a.w kepada para sahabat.Begitu halus dan tinggi hikmahnya.Baginda tidak menjawab: “Sayalah teman majlis yang terbaik!” Sebaliknya, memadai Baginda hanya menyenaraikan ciri-ciri teman majlis yang hebat iaitu:Memandangnya, sudah cukup mendorong kita untuk ingat kepada Allah.Mendengar bicaranya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita bertambah.Melihat amalannya, menyebabkan kita ingat kepada akhirat.

Halakah ilmu
Apabila para sahabat mendengar ciri-ciri dan sifat-sifat yang hebat ini, mereka tahu itulah sebenarnya sifat yang ada pada diri Baginda. Namun, apabila Rasulullah s.a.w memperincikannya, ini lebih memudahkan lagi para sahabat untuk menganggap dan memahaminya.  Malah, jawapan Rasulullah s.a.w. ini sebenarnya adalah satu targhib (galakan dan dorongan) agar mereka berusaha mewujudkan sifat-sifat insan yang terbaik ini dalam diri mereka.
Para sahabat amat suka mengadakan halakah-halakah di dalam masjid. Samaada halakah itu dibuat sesama mereka, mahupun bersama-sama Rasulullah    s.a.w. Melalui halakah-halakah di dalam masjid yang sebegini, mereka telah mendalami ilmu agama dan kefahaman agama.

Qurrah r.a. menyatakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w duduk di dalam masjid, maka para sahabat akan duduk mengelilingi Baginda dalam bentuk halakah-halakah. (Riwayat al-Bazzar)

Semoga Allah menjadikan diri kita juga suka untuk duduk-duduk di dalam masjid bersama mereka yang mampu menyebabkan hati kita menjadi hidup!

 Sekian dulu, semogaa ada menafaatnya  kepada kita semua.

Wassalaamualaikum.

Haji Zulkifli Salleh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...