PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

15 November 2011

KARNIVAL MASJID SEJAHTERA

Surau Al-Kauthar dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu langat akan
menganjurkan Karnival Masjid Sejahtera pada tarikh berikut:

Pada:              19 November 2011 (Sabtu)
Masa:             7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat:          Perkarangan Surau Al-Kauthar
                      Fasa 4, 43650 Bandar Baru Bangi
                      Selangor.

 Aturcara Majlis:
                     7.30 pagi -      Senamrobik
                     8.15 pagi -      Rehat dan minum pagi
                     8.30 pagi -      Majlis perasmian oleh Dr Ahamad bin Jusoh
                                           Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat
                     9.00 pagi -    Pameran Kesihatan  dan jualan alat Kesihatan    
                        hingga         (BP set dan Glukometer).
                    12.00 tgh.       Pertandingan memasak
                                          Ceramah Kesihatan oleh Pegawai Perubatan
                                          Kuiz Kesihatan
                                          Peraduan Melukis
                                          Saringan Kesihatan-Obesiti, Diabetes,
                                          Hipertensi,Quit Smoking dan Kaunseling.
                    12.30 tgh -     Acara Penutup dan Penyampaian Hadiah.

Semua di Jemput Hadir.    

                        
                              



 



10 November 2011

Jadual Kuliah November 2011

JADUAL PENGAJIAN SURAU AL-KAUTHAR  BULAN NOVEMBER  2011
Jadual kuliah ini tertakluk kepada perubahan


ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD


01/11/2011

Ustaz Muammar Ghadafi
 (Sirah Nabi)

02/11/2011

Ustaz Afnan Hafiz Ab. Fatah

03/11/2011

BACAAN YASIN DAN TAHLIL
04/11/2011

Prof. Madya Dr Hashim Mehat

(Akidah/Akhlak)
05/11/2011
06/11/2011


HARI RAYA QURBAN
07/11/2011


HARI RAYA QURBAN
08/11/2011

Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
09/11/2011

Ustaz Ahmad Fahmi Mohamad



10/11/2011

BACAAN YASIN DAN TAHLIL
11/11/2011

Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
(Fekah)

12/11/2011


13/11/2011

Us. Hj Karim Kechik
(Tajwid)
14/11/2011

Dr. Wan Nasyaruddin
 Al-Azkar-Imam Nawawi)

15/11/2011

Ustaz Muammar Ghadafi
 (Sirah Nabi)

16/11/2011


17/11/2011

BACAAN YASIN DAN TAHLIL

18/11/2011

Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusof (ceramah Umum)
19/11/2011

20/11/2011

 Us Karim Kechik
(Tajwid)
21/11/2011

Ustaz Hj. Abd Razak Mahadi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)

22/11/2011

Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
23/11/2011


24/11/2011


BACAAN YASIN DAN TAHLIL

25/11/2011

Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
(Fekah)

26/11/2011

27/11/2011

Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)
28/11/2011

Ustaz Dr Hasnan Kasan (Fekah Solat)
29/11/2011


30/11/2011

Prof. Madya Dr Hafizi Mohd Noor (Sejarah)








KULIAH SUBUH ( BULAN NOVEMBER 2011)




SABTU


05.11.2011

Prof Dr Abdul Basir Mohamad
 (Qanun Jenayah Syariat Islam)
12.11.2011

Ustaz Hj Karim
Kechik
(Taranum)
19.11. 2011

Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad
( Qanun Jenayah Syariat Islam)
26. 11. 2011


Ustaz Karim Kechik (Taranum)



AHAD

06.11.2011

Hari Raya Qurban

13.11.2011

Prof Dr Zulkiple
Abd. Ghani

20/11/2011

Ustaz Muammar Ghadafi

27.11.2011

Ustaz Ridzuan Mohd Nor






*  SUMBANGAN DARIPADA MUSLIM DAN MUSLIMAT AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH



01 November 2011

RENUNGAN

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
 
Kita ketika ini telah memasuki bulan Zulhijjah 1432 H. Ini bermakna sudah 2 bulan kita keluar dari Madrasah Ramadhan dan kini masuk pula untuk mendapatkan tarbiyah Allah swt yang lain, iaitu Madrasah Zulhijjah.

Mengapa ia disebut Madrasah Zulhijjah?
Ini adalah kerana pada bulan ini ada tiga ibadah besar yang sarat dengan nilai-nilai tarbiyah iaitu :
  1. Haji.
  2. Solat Aidil Adha.
  3. Qurban.
Di samping itu ada pula ibadah sunnah muakkad bagi yang tidak menunaikan fardhu haji iaitu Puasa Hari Arafah.

Oleh yang demikian kita semua dituntut untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi bulan Zulhijjah ini sehingga ketika ianya datang menemui kita, kita telah bersiap sedia dengan amal-amal di bulan ini sekaligus mengambil nilai-nilai tarbiyah yang ada di dalamnya.

IBADAH HAJI
Ketika ini, sebahagian dari saudara-saudara kita yang menunaikan ibadah haji telah berada di tanah suci. Inilah rangkaian ibadah yang memiliki kandungan sejarah tarbiyah yang luar biasa.
Ini agar manusia mengambil pelajaran yang tidak ternilai dari sana dan ia bukan hanya bagi mereka yang sudah dipanggil oleh Allah untuk menunaikannya, tetapi juga bagi kita yang belum berkesempatan melaksanakan rukun Islam yang kelima tersebut.

Di antara pelajaran yang begitu jelas dari ibadah haji adalah :
“Deklarasi persamaan darjat manusia di dalam Islam.”
Islam bukanlah agama yang mempertahankan atau mendukung diskriminasi atau dasar warna kulit dan suku bangsa.
Allah tidak membezakan manusia dari segi :
  1. Hartanya.
  2. Kemasyhurannya.
  3. Jawatannya.
  4. Kekuasaannya.
Oleh kerana itu, berkumpullah jutaan manusia di Masjidil Haram di mana mereka semuanya  setara dan semuanya bercampur baur menjadi satu sebagai hamba Allah yang tidak ada bezanya antara :
  1. Presiden dan rakyat biasa.
  2. Direktor dan petani desa.
Bahkan ketika berihram, sekaya dan setinggi apapun jawatan seseorang, mereka semua sama iaitu hanya berbalut kain ihram putih yang tidak berjahit.

Kita pun, yang tidak berada di Masjidil Haram, sepatutnya sedar akan hakikat nilai manusia di hadapan Allah swt. Mereka semua sama. Yang membezakan dan membuat seseorang lebih mulia daripada lainnya adalah ketaqwaannya.
“Sesungguhnya manusia yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.” (QS Al-Hujurat : 13)

Hakikat ini sepatutnya tertanam kuat dalam jiwa kita dan menjadi titik tolak untuk kita terus meningkatkan ketaqwaan kita.
Sementara ramai orang yang mengumpulkan bekalan untuk kehidupan dunianya, Allah swt menunjukkan pula kepada kita untuk mempersiapkan sebaik-baik bekalan, iaitu taqwa.
“Dan berbekallah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.” (QS Al-Baqarah : 197)

Selain nilai tarbiyah di atas, haji juga sarat dengan perjuangan sejarah Nabi Ibrahim dan keluarganya :
  1. Ka’bah merupakan tempat ibadah yang pertama kali dibangun oleh Nabi Ibrahim. Ia merupakan simbol ketauhidan dan ke arahnyalah umat Islam berkiblat dalam solat.
  2. Sai’e mengingatkan kita akan usaha dan ikhtiar yang serius isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar, dalam usaha membangunkan semula ketauhidan.
  3. Melontar jumrah juga merupakan simbol penentangan terhadap syaitan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim as sehingga ke kiamat nanti, statusnya tidak akan pernah berubah iaitu syaitan adalah musuh yang nyata bagi orang-orang yang beriman.
Selain dari itu, semua amalan-amalan dalam ibadah haji merupakan kepatuhan dan ketundukan yang total kepada Allah swt sebagai pembuat syariat.
  1. Bagaimana petunjuk Allah dalam beribadah, maka begitulah juga kita mesti mengerjakannya.
  2. Bagaimana perintah Allah kepada orang-orang yang beriman, maka begitu pulalah ia mesti bersikap “sami’na wa atha’na” (Kami dengar dan kami patuh).
Dengan yang demikian ibadah haji menjadi ibadah yang sangat berat kerana selain menyediakan pembiayaan yang sangat besar dan memerlukan fizikal yang kuat, keadaan ruhiyah juga mesti terjaga selama ibadah ini ditunaikan.
Maka, seiringan dengan beratnya kombinasi dari ibadah ‘qalbiyah’, ibadah ‘badaniyah’ dan ibadah ‘maliyah’ ini, Allah telah menyediakan balasan yang luar biasa pula :
“Haji yang mabrur, tidak ada balasannya kecuali syurga.”(HR Bukhari dan Muslim)

Jadi, bagaimana dengan kita yang di bulan Zulhijjah 1432 H ini belum mampu menunaikan haji?
Masih ada banyak kesempatan amal untuk kita kerjakan.

MEMPERBANYAKKAN IBADAH DAN AMAL SOLEH DI SEPULUH HARI PERTAMA ZULHIJJAH
Bagi kita yang tidak menunaikan hajipun, kesempatan emas tetap terbuka untuk meraih banyak keutamaan di bulan Zulhijjah.
Memperbanyakkan ibadah pada tanggal 1 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah merupakan pilihan yang bijak kerana banyak hadits yang menjelaskan keutamaannya.
Ibadah itu boleh berupa:
  1. Memperbanyakkan sedekah.
  2. Berzikir.
  3. Tilawah Al Qur’an.
  4. Amal Soleh lain.
Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada hari-hari di mana amal soleh lebih disukai oleh Allah Azza wa Jalla dari pada hari-hari ini, yakni hari pertama hingga kesepuluh Zulhijjah.”
Para shahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah?”
Baginda menjawab, “Memang, meskipun dibandingkan dengan berjihad fi sabilillah, kecuali seorang yang pergi membawa nyawa dan hartanya, kemudian tidak satu pun di antara keduanya itu yang kembali (mati syahid).” (HR Jamaah kecuali Muslim dan Nasai’e)

Dalam hadits yang lain, Rasulullah saw bersabda :

“Tidak ada hari-hari yang dianggap lebih agung oleh Allah swt dan lebih disukai untuk digunakan sebagai tempat beramal sebagaimana hari pertama hingga kesepuluh Zulhijjah ini. Oleh keranan itu, perbanyakkanlah pada hari-hari itu bacaan tahlil, takbir dan tahmid. (HR Ahmad)
“Tidak ada hari-hari yang lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari sepuluh Zulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan solat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan solat pada malam lailatul qadr.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

PUASA HARI ARAFAH
Puasa ini disunnahkan bagi kita yang tidak mengerjakan haji. Adapun bagi mereka para jamaah haji, mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa kerana ketika itu mereka perlu wukuf di Arafah. Dengan yang demikian, keutamaan hari Arafah boleh dinikmati samada oleh orang yang sedang berhaji mahupun yang tidak berhaji.

Keutamaan puasa Arafah ini diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra :

Rasulullah saw pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, baginda menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun berikutnya.” (HR Muslim)

Subhanallah!! Sungguh luarbiasa.
Mendengar keutamaan puasa Arafah ini, dapat kita fahami bahwa pada hari Arafah itu, ramai  orang yang dibebaskan oleh Allah swt dari siksa neraka.

“Tidak ada satu hari yang pada hari itu Allah membebaskan para hamba dari api neraka yang lebih banyak dibandingkan hari Arafah.” (HR Muslim)

SOLAT AIDIL ADHA

Amal khusus di bulan Zulhijjah berikutnya adalah Solat Aidil Adha.
Jumhur ulama’ menjelaskan bahwa hukumnya sunnah muakkad dan ada beberapa ulama’ yang berpendapat hukumnya wajib.
Jika pada Solat Aidil Fitri disunnahkan makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke tempat solat, maka Solat Aidil Adha adalah kebalikannya iaitu disunnahkan makan setelah Solat Aidil Adha.

BERQURBAN
Amalan lain yang sangat istimewa dan khusus di bulan Zulhijjah ini adalah qurban.
Ibadah qurban ini juga sarat dengan nilai tarbiyah. Bahkan sejarah disyariatkannya qurban pada masa Nabi Ibrahim as adalah sejarah :
  1. Pengorbanan.
  2. Ketaatan.
  3. Proses pewarisan di dalam keluarga muslim.
Kita sekarang tidak diperintahkan untuk menyembelih “Ismail-Ismail” kita, tetapi boleh menyembelih kambing, biri-biri, lembu dan unta sebagai bentuk ketaatan dan pengorbanan kita kepada Allah swt.

Keutamaan qurban adalah sebagaimana yang disebutkan dalam hadits berikut :

“Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada Hari Raya Qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih haiwan. Sesungguhnya haiwan kurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya sebelum darah kurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima Allah. Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban.” (HR Tirmizi)

Begitulah amal-amal khusus sepanjang bulan Zulhijjah. Semoga Zulhijjah 1432 ini semakin mendekatkan kita kepada Allah swt sehingga kita memperolehi ridha, rahmat dan keampunanNya beserta harapan untuk bertemu Allah swt kelak di syurgaNya.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk kami mengisi 10 hari yang terbaik di bulan Zulhijjah ini dengan amal-amal yang dicintai olehMu sehingga kami mendapat kelebihan dan ganjaran yang besar yang disediakan untuk mereka-mereka yang melaksanakan amal dengan penuh ketaatan dan kesabaran.
 
Ameen Ya Rabbal Alameen



KEISTIMEWAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

REBUTLAH KEISTIMEWAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `AzzawaJalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. RasulullahsallAllahu `alaihiwasallam bersabda:

“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `AzzawaJalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi SallAllahu `alaihiwasallam bersabda:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah SallAllahu `alaihiwasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR al-Bukhari)

2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu QatadahradhiAllahu `anhu    berkata, RasulullahsallAllahu `alaihiwasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Bagindamenjawab:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)

3.  Solat `Eidul-Adha
RasulullahsallAllahu `alaihiwasallam bersabda:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguh nya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.” -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.

4.  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

RasulullahsallAllahu `alaihiwasallam bersabda:

“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan dating pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah kebumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” -  IbnMajah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412

Begitulah diantara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju HariAkhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...