PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

20 October 2011

QURBAN


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Daripada Aisyah r.a, Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari qiamat kelak akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, (pahalanya) telah diterima di sisi Allah. Maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”  

Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim.

Ibadah qurban mendidik keikhlasan dalam beramal, ketaatan pada Allah dan pengorbanan pada agama. Seorang Muslim yang berqurban pada setiap tahunnya berarti ia telah melakukan satu latihan amal yang diliputi oleh rasa ikhlas dan bersyukur. Oleh itu, bersempena dengan Hari Raya Qurban yang akan menjelma tidak lama lagi, Surau Al Kauthar Seksyen 4, BBB akan menganjurkan ibadah qorban/aqiqah pada Hari Raya pertama (6 November 2011). Satu bahagian lembu hanya RM370 sahaja. Pada tahun ini sebanyak 20 ekor lembu telah pun ditempah dari pihak penternak.

Muslimin muslimat yang berminat untuk menyertai ibadat korban/aqiqah ini bolehlah menghubungi pengerusi atau mana-mana AJK surau.

Semoga ibadah yang kita lakukan diterima Allah sebagai amal kebajikan.

Terima kasih.



17 October 2011

CERAMAH SAUDARA SHAH

Saudara Shah Kirit Kakulal Govindji (pendakwah bebas) telah menyampaikan ceramah umum pada hari Selasa  10 Oktober, 2011 bersamaan 13 Zulkaedah 1432H bermula daripada Maghrib di Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Berbagai persoalan telah dilontarkan kepada jemaah yang hadir begitu juga dengan pertanyaan daripada jemaah kepada saudara Shah Kirit yang telah memeluk Islam 15 tahun yang lalu. Kesemua jemaah berpuas hati dengan ceramah yang diberikan. Saudara Shah menekankan betapa pentingnya kita berdakwah demi menyambung tugas Rasullallah S.A.W untuk seluruh umat manusia.

Tidak ada ertinya kita menunjuk pandai dikalangan umat Islam sahaja tetapi hendaklah kita berdakwah kepada penganut agama lain betapa Agama Islam adalah Agama yang benar menurut ajaran Al-Quran dan Al- Sunnah Nabi S.A.W. Beliau juga menyarankan supaya semua Umat Islam tidak mengenepikan Al-Quran dan mestilah memahami serta mengamalkan isi-isi Al-Quran kerana setiap hujah daripada agama lain semuanya dapat dipatahkan dengan Al-Quran sahaja.

Lebih daripada 700 orang terdiri daripada  muslimin dan muslimat telah hadir mendengar ceramah saudara Shah yang julung-julung kali diadakan disurau Al-Kauthar.

 Saudara Shah Kirit Kakulal Govindji sedang menyampaikan ceramah

 Bersama Si Celek yang menanyakan soalan apa dia Islam dan apa yang patut dilakukan sebagai seorang Islam
  Pengerusi Surau Hj Nadzri bersama Saudara Shah Kirit



Saudara Baru

Saudara Tong Pau Sang  (No. k/p 700328-08-6037) beralamat di No 52-3-4, Lorong 4/125C, Taman Desa Petaling 57100 Kuala Lumpur telah memeluk Islam di Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor pada  12 Oktober, 2011 bersamaan 14 Zulkaedah 1432H selepas Solat Maghrib. Syahadah dilafazkan di hadapan Ustaz Ahmad Fahmi Mohamad dan disaksikan oleh jemaah Surau Al-Kauthar Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor.

Nama Islam yang dipilih ialah Muhammad Ali Tong bin Abdullah.

 Pengerusi Surau sedang bertanyakan sesuatu kepada saudara Tong

 Saudara Tong selepas melafazkan Syahadah - Muhammad Ali Tong



09 October 2011

CERAMAH UMUM

 CERAMAH 1.

OLEH:
TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN AL BANJARI AL-MAKKI 
AKAN DIADAKAN PADA: 20 OKTOBER 2011 (KHAMIS)
BERMULA DARIPADA : LEPAS MAGHRIB
TEMPAT: SURAU AL-KAUTHAR
FASA 4, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
SEMUA DIJEMPUT HADIR


CERAMAH 2.


JAWATAN KOSONG 3.



08 October 2011

JADUAL OKTOBER, 2011


JADUAL PENGAJIAN SURAU AL-KAUTHAR  BULAN OKTOBER. 2011
Jadual kuliah ini tertakluk kepada perubahan


ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD

31/10/2011






01/10/2011
02/10/2011

Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)
03/10/2011

Ustaz Abd Razak Mahadi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)
04/10/2011

Ustaz Muammar Ghadafi
 (Sirah Nabi)
05/10/2011

Ustaz Afnan Hafiz Ab. Fatah



06/10/2011

BACAAN YASIN DAN TAHLIL
07/10/2011

Prof. Madya Dr Hashim Mehat

(Akidah/Akhlak)
08/10/2011

09/10/2011

Us. Hj Karim Kechik
(Tajwid)
10/10/2011

Dr. Wan Nasyaruddin
 Al-Azkar-Imam Nawawi)

11/10/2011

Sdr Shah Kirit Kakulal Govindji (Pendakwah Bebas Sikh)
12/10/2011

Ustaz Ahmad Fahmi Mohamad
13/10/2011

BACAAN YASIN DAN TAHLIL

14/10/2011

Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
(Fekah)

15/10/2011

16/10/2011

 Us Karim Kechik
(Tajwid)
17/10/2011
Ustaz Abd Razak Mahadi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)
18/10/2011

Ustaz Muammar Ghadafi
 (Sirah Nabi)
19/10/2011

Prof Dr Khairul Anuar (keimanan Manusia)
20/10/2011

BACAAN YASIN DAN TAHLIL
21/10/2011

Prof. Madya Dr Hafizi Mohd Noor (Sejarah)
22/10/2011

Ceramah Isu  Mindanao
23/10/2011

Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)
24/10/2011

Ustaz Afnan Hafiz Ab. Fatah
25/10/2011

Ustaz Mahadir Md Nor.
(Hadis)
26/10/2011

Dato’ Us Taib Azamuddin Mohd Taib (Mantan Imam Besar Masjid Negara)
27/10/2011

Ceramah Palestin
28/10/2011




29/10/2011
30/10/2011
KULIAH SUBUH ( BULAN OKTOBER 2011)




SABTU


01.10.2011

Ustaz Ahmad Shukri Yusoff
08.10.2011

Ustaz Hj Karim
Kechik
15.10. 2011

Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad
( Qanun Jenayah Syariat Islam)
22. 10. 2011


Ustaz Karim Kechik (Taranum)




AHAD

02.10.2011

Tuan Hj Ahmad Mohd Said

09.10.2011

Ustaz Hj Ismail
Hashim

16.10.2011

Prof Dr Zulkifle 
Abd Ghani

23.10.2011

Ustaz Abdul Rahman Awang Soh


30.10.2011

P.Madya Dr KamaruzamanYusof









*  SUMBANGAN DARIPADA MUSLIM DAN MUSLIMAT AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH



04 October 2011

Program Solat Hajat & Bacaan Yasain

Sekolah Menengah Jalan 4 Bandar Baru Bangi dengan kerjasama Surau Al-Kauthar Fasa 4, BBB telah mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin bagi mendoakan kejayaan anak-anak yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM tahun ini pada 29 September 2011 (Khamis), bermula daripada Solat Maghrib.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Haji Ismail Hashim selepas Isyak

Turut hadir YDP Persatuan Ibu bapa dan Guru-Guru sekolah, Ir Hj Ahmad Mustaffa Mustaal bin Abdullah, Pengetua Sekolah Menengah Jalan 4, ibu-bapa serta anak-anak yang akan mengambil peperiksaan tersebut.

Lebih daripada 1,000 orang telah hadir ke program tersebut yang merupakan program tahunan sekolah bersama surau Al-Kauthar.

Doa dariapada Pengerusi, AJK dan ahli karih Surau Al-Kauthar kepada anak-anak yang akan mengambil peperiksaan



 Imam sedang memimpin majlis bacaan Yasin




 Ustaz Ismail Hashim sedang menyampaikan tazkirah




 sedang mendengar tazkirah



Saudara Baru

Saudara Chan Way Seng  (No. k/p 751016-06-5229) No telefon 014-6672297 beralamat di No 46A, Jalan Indah 1/1, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bharu, Johor telah memeluk Islam di Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi, Selangor pada  03 Oktober, 2011 bersamaan 05 Zulkaedah 1432H selepas Solat Maghrib. Syahadah dilafazkan di hadapan Ustaz Haji Abdul Razak bin Mahadi dan disaksikan oleh jemaah Surau Al-Kauthar Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor.

Nama Islam yang dipilih ialah Muhammad Yusof Chan bin Abdullah.

 Sedang melafazkan syahadah dihadapan Ustaz Hj. Abdul Razak

 Kini saudara Chan telah menjadi seorang Muslim (tengah)
Muhammad Yusof Chan bin Abdullah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...