PENGUMUMAN

Selamat datang ke Blog Surau Al-Kauthar - Pengerusi serta seluruh AJK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 59 pada 31 Ogos 2016 . Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Terima Kasih kepada para penyumbang khusus untuk Bangunan Tambahan Surau AlKauthar, Fasa 4 Bandar Baru Bangi Selangor. Program bulan Ogos 2016 Sambutan 10 tahun surau baru al Kauthar pada 12 hingga 14 Ogos 2016. Pengisian program Ceramah Perdana oleh Us Dr Abdul Basir Abd Rahman pada 14 Ogos 2016 lepas Maghrib. Bicara anak muda oleh PU Rahmat & sdra Ejam Medicine pada 12 Ogos 2016 Lepas Maghrib. Persembahan Nasyid- Dikir Barat, Pertandingan kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta gerai-gerai jualan. Kuliah Subuh oleh Prof. Dr Abdul Basir Mohamad pada 06 Ogos 2016 dan 21 Ogos 2016, Ust Amirul Hafiz 07 Ogos 2016, Ustaz Hj Ismail Hashim 13 Ogos 2016 Us Hj Ahmad Mohd Said 14 Ogos 2016 Us Muammar Ghadafi pada 22 Ogos 2016 Karim Kechik pada 27 Ogos 2016 dan Us Khairil Khusairi Omar pada 28 Ogos 2016. SEMUA DIJEMPUT HADIR .

29 June 2011

KURSUS KEWANGAN SURAU

Pengerusi dan Bendahari Surau Al-Kauthar telah menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan Cemerlang Daerah Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat pada 27 hingga 28 Jun 2011 anjuran Pusat Latihan Pengurusan Masjid di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) Sabak Bernam, Selangor. Program bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam.

Pengerusi dan Bendahari Surau Al- Kauthar di ILDAS

Seramai 44 orang peserta daripada Daerah Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat telah menghadiri kursus selama 2 hari satu malam .

 Peserta sedang khusuk mendengar ceramah

Peserta kursus bersama penceramah

Antara objektif kursus ialah untuk:
a) Meningkatkan pengetahuan peserta tentang Pengurusan Kewangan Yang Cemerlang,
b) Mendedahkan kepada peserta tentang cara dan kaedah Pengurusan Kewangan Yang Teratur dan Tepat,
c) dan Meningkatkan integriti dalam Pengurusan Kewangan.

Pengarah ILDAS Tuan Hj. Hanifuddin bin Roslan dan Encik Khairi bin Mohd Noor daripada Bahagian Audit Dalam Majlis Agama Islam Selangor telah menyampaikan ceramah tersebut.

 En Khairi bin Mohd Noor

Hj Hanifuddin bin Roslan



25 June 2011

PROGRAM BERBASIKAL

Pada 25 Jun 2011 (Sabtu) Jemaah Surau Al-Kauthar telah menyertai Program Berbasikal Anjuran Jawatankuasa Membenteras Wabak Denggi Daerah Hulu Langat, Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Persatuan Peniaga-peniaga Kiosk Melayu Daerah Hulu Langat sempena dengan Karnival Kesihatan dan  Majlis Keselamatan Jalan Raya Daerah Hulu Langat tahun 2011.

Majlis pelancaran dan perlepasan bermula di Tasik Cempaka mulai jam 8.30 pagi laluan Tol Bangi-UKM-Seksyen 4 BBB -Tasik Cempaka- dan terus ke Restoran Balang untuk sarapan pagi.

Basikal yang di gunakan sebanyak 10 buah adalah sumbangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat untuk program Surau Sejahtera dan beberapa buah basikal persendirian jemaah surau Al-Kauthar.

Peserta Berbasikal daripada Surau Al-Kauthar sebahagian besarnya warga emas, namun dapat menamatkan kayuhan dengan jayanya.


Sebahagian daripada peserta berbasikal Surau Al-Kauthar Fasa 4 Bandar Baru Bangi, Selangor


Sebelum berlepas menuju ke Tasik Cempaka senamanrobik di bawah pimpinan Hj Zulkifli Shaari dilakukan



Bacaan doa oleh Ustaz Hj. Ismail Hashim mohon keselamatan di Jalan Raya

Para peserta mendaftarkan diri setibanya di Tasik Cempaka untuk mendapatkan baju, topi dan nombor.

Ketua Marshall Surau bersama Ketua Muslimat Surau dan wakil Pejabat Kesihatan Daerah sebelum pelepasan

Bergambar sebelum pengayuhan bermula

Ke garisan sedia, snap

Ambil tempat berdua-dua supaya tiada yang ambil jalan singkat

SEDIA MULA -ADUN BANGI DAN YDP MPKJ



24 June 2011

KULIAH DHUHA

KULIAH DHUHA

ISRAK MIKRAJ- RASUL MERENTAS ALAM

PENCERAMAH:

USTAZ DZULKARNAIN HAJI HAMZAH
(PENGACARA KALAM SUCI -ASTRO OASIS & PENCERAMAH BEBAS)
PADA:         2 JULAI 2011 (SABTU)
TEMPAT:    DEWAN SEMBAHYANG SURAU AL-KAUTHAR
JAM:            9.30 PAGI

MUSLIMIM DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR



21 June 2011

SUNAH-SUNAH HARI JUMAAT

Subject: Sunah-Sunah Hari Jumaat Yang Dilupakan

بسم الله
  
Perkongsian Bersama Untuk Anda & Diri Saya: 

SUNNAH-SUNNAH HARI JUMAAT YANG DILUPAKAN. 
 
“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku [Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)], niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Ali 'Imraan, 3:31)

Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Rasulullah (صلى الله عليه وسلم).

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) sebagai penerima wahyu telah mengajarkan kepada kita beberapa amalan sunnah yang wajar dilakukan pada hari Jumaat. Namun mungkin akibat keterlekaan dan kealpaan kita membuat kita terlupa untuk melazimi sunnah-sunnah tersebut. Oleh itu, di sini kita cuba menyenaraikan kembali sunnah-sunnah yang semakin luput dan dilupakan beserta dalil sebagai panduan bersama.

1.Mandi, membersihkan diri, bersugi, dan memakai wangian, dan mengenakan pakaian yang terbaik.

Ini berdasarkan hadith yang disampaikan oleh Salman al-Farisi radhiallahu’anh daripada Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), baginda bersabda:

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang ”. [Riwayat al-Bukhari]

2.Bersegera ke masjid dan tinggalkan urusan lain.

Firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Jumu’ah ayat 9,“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"


3.Membaca Surah al-Kahfi BUKAN Surah Yaasin pada malam atau siang hari Jumaat.

Membaca Surah Yaasin adalah sesuatu yang mulia dilakukan oleh setiap muslim, sepertimana mambaca surah-surah al-Quran yang lainnya. Namun, untuk mengkhususkannya pada waktu tertentu seperti pada malam Jumaat adalah suatu yang tidak dijumpai dalam mana-mana dalil sahih malah bercanggahan dengan petunjuk Rasulullah (صلى الله عليه وسلم). Sedangkan setiap ibadah adalah terhenti (tidak dilakukan) sehinggalah dijumpai dalil atau nas yang menunjukkan pensyariatannya.Oleh itu, saya dengan segala rendah diri mengajak kalian semua untuk meninggalkan amalan yang bercanggahan dengan sunnah Baginda ini.
Adapun pada malam Jumaat, Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) telah mengajarkan kita untuk membaca keseluruhan surah al-Kahfi sebagaimana sabdanya:“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat”. [Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi, dan al-Hakim]

4.Menuju ke masjid dengan memperbanyakkan berjalan kaki.

“Sesiapa yang mandi dan membersihkan diri pada hari Jumaat dan bersegera (keluar menuju ke masjid) dengan mencari posisi paling hampir dengan imam dalam keadaan diam, maka setiap jejak langkahnya itu pahala seumpama puasa setahun pada siangnya dan mendirikan ibadah pada sebelah malamnya. Hal demikian itu bagi Allah adalah sangat mudah”. [Riwayat Imam Ahmad, al-Thabarani, dan Ashab al-Sunan. Disahihkan oleh Ibn Khuzaimah]

5.Mendirikan solat sunat MUTLAK.

Solat sunat Mutlak bukanlah satu yang popular di kalangan umat Islam di Malaysia, lantaran mereka sudah terbiasa dengan solat sunat Qabliyah Jumaat. Hal ini agak menghairankan kerana Imam Syafi’I rahimahullah sendiri telah membincangkan pensyariatan solat sunat Mutlak dalam karyanya yang agung, kitab al-Umm.Berkenaan solat sunat Mutlak ini, Syeikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah berkata:“Dianjurkan bagi orang yang masuk masjid pada hari Jumaat (bila saja) untuk mengerjakan solat sunat Mutlak sebelum duduk tanpa terikat dengan bilangan (rakaat), juga tidak ditentukan waktunya, hingga imam keluar. Atau duduk ketika masuk masjid setelah Tahiyyatul Masjid atau sebelumnya”. [Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah]

Berkenaan riwayat yang menunjukkan adanya solat sunat qabliyah Jumaat, -wallahua’lam- tiada satu pun daripada riwayat-riwayat tersebut yang dapat dijadikan hujah lantaran kelemahan dan kecacatan yang berbeza-berbeza. Berkata al-Hafiz al-‘Iraqi:“Tidak ada diriwayatkan dari Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bahawa baginda solat sebelum Jumaat (Qabliyah Jumaat – penulis), kerana beliau biasa keluar rumah menuju solat Jumaat, lalu datang muadzin azan di hadapan beliau, kemudian beliau terus berkhutbah” [ Nailul Authar 3/216]. Dinukil dari kitab Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, al-Awjiba an-Naafi’ah ‘an As’ilati Lajnah Masjid al-Jaami’ah. Edisi terjemahan dalam bahasa Indonesia bertajuk "Jawaban Penting Pertanyaan Seputar Solat Jumaat" oleh Abu Umar Basyir al-Maidani, al-Qowam, mukasurat 51]

6.Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ammar radhiallahu’anh,“Sesungguhnya lamanya berdiri solat seorang lelaki dan pendeknya khutbah yang dibacanya adalah petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjang solat dan memendekkan bacaan khutbah!” [ Riwayat Muslim]

7.Tidak mengangkat tangan berdoa di antara dua khutbah dan ketika imam berkhutbah.

Sedia maklum bahawa perbuatan menadah tangan adalah suatu yang disunnahkan tatkala berdoa. Namun, menadah tangan dalam khutbah Jumaat bukanlah suatu sunnah, malah ia bercanggahan pula dengan sunnah Rasulullah (صلى الله عليه وسلم). Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud:“Daripada 'Umarah ibn Ru'aibah yang melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata, “Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya” dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya”.

8.Mendirikan solat sunat Ba’diyah Jumaat.

Para ulama’ telah bersepakat bahawa solat sunat ba’diyah Jumaat adalah disyariatkan. Terdapat dua pilihan bagi mengerjakannya; iaitu samada dilakukan dua rakaat atau empat rakaat dan kedua-duanya adalah sunnah. Ini berdasarkan kepada hadith-hadith di bawah:

a) Daripada Abu Hurairah rahiallahu’anh, bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:“Barangsiapa di antara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah (solat) jumaat”. [Riwayat Imam Muslim]

b) Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma, dia berkata:“ Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di rumahnya”. [Riwayat Imam al-Nasaei]


9.Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu’anh beliau berkata, Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

“Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib”.

Demikian antara sunnah-sunnah pada hari Jumaat sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) kepada kita yang semakin dilupakan dan kurang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat.Oleh yang demikian wahai sekalian muslim yang budiman, mari perbetulkan diri kita sejauh mana kita dalam mengamalkan sunnah Baginda. Apakah kita layak menggelar diri kita pengikut sunnah jikalau sunnah Jumaat pun sering diabaikan. Ingatlah, betapa besarnya ganjaran buat mereka yang berpegang teguh kepada sunnah tatkala umat lalai kepadanya.

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:

"Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah bida'ah (perkara baru yang diada-adakan didalam agama), karena setiap bida'ah (perkara baru yang diada-adakan didalam agama) itu adalah sesat."[HR. Abu Dawud dan Tirmidzi].

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan (didalam agama) dan setiap yang diada-adakan (didalam agama) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”[HR Muslim]

Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda:
“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.”
[HR. Bukhari]

“Dan barangsiapa yang menyalahi Rasul itu sesudah jelas dan nyata baginya petunjuk dan mengikut orang-orang yang bukan jalan orang-orang yang beriman, nescaya Kami akan palingkan dia ke mana dia berpaling dan akan kami panggang dia di neraka Jahanam, padahal neraka itu sejelek-jelek tempat kembali.”
[An-Nisa’:115]

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian mendahului Allah dan Rasul-Nya dan takutlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Mendengar lagi Mengetahui.”
[Al-Hujurat:1]

Semoga memberi manfaat kepada kita. Wallahu'alam. **SEBARKAN



CERAMAH ISRAK MIKRAJ

CERAMAH ISRAK MIKRAJ AKAN DIADAKAN:

DI SURAU AL-KAUTHAR FASA 4, BBB
PADA 26 JUN 2011 (AHAD)
PENCERAMAH: USTAZ WAN SOHOR BANI LEMAN
SELEPAS MAGHRIB

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR



14 June 2011

KEM BESTARI SOLAT

Pada 11 dan 12 Jun 2011 (Sabtu dan Ahad) , surau Al-Kauthar telah mengadakan Kem Bestari Solat dan Tahsin Al-Quran bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di bilik seminar surau. Kanak-kanak berumur diantara 7 hingga 15 tahun telah menghadiri kem selama dua hari.

Pembimbing kem tersebut ustaz Afnan Hafiz Abdul Fatah serta beberapa orang pembantu telah mengendalikan kem tersebut dengan jayanya.

Ustaz Afnan Hafiz- Pembimbing Kem Bestari Solat





Di Antara Para peserta Kem Bestari Solat dan Tahsin Al-Quran



KULIAH SUBUH SYEIKH ALI SALEH

Penceramah tersohor di Indonesia dan Brunei Darussalam Tuan Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber anak kelahiran di kota Madinah Munawarah telah menyampaikan Kuliah Subuh di Surau Al-Kauthar Fasa 4, Bandar Baru Bangi dalam rangka lawatan dakwah beliau ke Malaysia pada 12 Jun 2011 yang lalu.

Anak muda yang dilahirkan pada 3 Safar 1396H bersamaan 3 Februari, 1976M dan fasih berbahasa Melayu berpendidikan seluruhnya di Madinah telah menyarankan antara lain supaya umat Islam bersatu dan tidak berpecah belah terhadap perkara furu'. Negara Arab bukanlah negara ikutan umat Islam tetapi Al-Quran dan Hadis adalah menjadi ikutan seluruh umat Islam didunia.

Lebih daripada 500 orang jemaah telah mengikuti kuliah tersebut dan berbagai persoalan telah diajukan kepada tuan Syeikh serta mendapat jawapan yang bernas dan memuaskan hati para hadirin yang hadir pada kuliah tersebut.


                         Tuan Syeikh Ali Saleh bin Muhammad Ali Jaber

                          Pengerusi Surau Al-Kauthar bersama penceramah

                          Berpeluang bergambar bersama Syeikh Ali Saleh



08 June 2011

KULIAH SUBUH

PENCERAMAH : SYEIKH ALI SALEH BIN MUHAMMAD ALI JABER
PADA                 : 12 JUN 2011 (HARI AHAD)
TEMPAT            :  SURAU AL-KAUTHAR, FASA 4, BANDAR BARU BANGI SELANGOR
MASA               :  SUBUH

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADALAH DIJEMPUT HADIR



JADUAL KULIAH BULAN JUN 2011

JADUAL PENGAJIAN SURAU AL-KAUTHAR  BULAN JUN 2011
Jadual kuliah ini tertakluk kepada perubahan


ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD



01.06.2011
Ustaz Fahmi Mohamad
02.06.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL
03.06.2011
Prof. Madya Dr Hshim bin Mehat
(Akidah/ Akhlak)
04.06.2011
Tuan Hj Dr Danial Zainal Abidin
05.06.2011
Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)
06.06.0211
Us. Abd Razak Mahdi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)
07.06.2011
Us. Muammar Ghadafi
(Sirah)

08.06.2011
Ustaz Afnan Hafiz Ab. Fatah

09.06.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL
10.06.2011
Us Nik Ab. Rahim Nik Abdul Ghani
(Fekah)

11.06.2011
Us Izhar Arif bin Kasim
12.06.2011
Us. Karim Kechik
( Tajwid)

13.06.2011
Dr. Wan Nasyaruddin
( Al-Azkar- Imam Nawawi)

14.06.2011
Us. Mahadir Mohd Nor
(Mustika Hadis)

15.06.2011


16.06.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL

17.06.2011


18.06.2011
Ceramah UMUM
19.06.2011
Us. Karim Kechik
( Tajwid)
20.06.2011
Us. Abd Razak Mahdi (Aqidah Sunnah Wal Jamaah)
21.06.2011
Us. Muammar Ghadafi
(Sirah)


22.06.2011
Ustaz Hj Zamihan Md Zain (sifat solat Rasullah)
23.06.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL

24.06.2011
Us Nik Ab. Rahim Nik Abdul Ghani
(Fekah)

25.06.2011
Prof Dr Khairul Anuar (Keimanan Manusia)

26. 06.2011
Us. Zainal Abidin Sarbini
(Akidah)
27.06.2011
Us Dr Hasnan bin Kasan (Fekah Solat)


28.06.2011
Us. Mahadir Mohd Nor (Hadis)


29.06.2011
Prof Madya Dr Hafizi bin Mohd Noor (sejarah)
30.06.2011
BACAAN
YASIN DAN TAHLIL






KULIAH SUBUH ( BULAN JUN 2011)

SABTU


04.06.2011
Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad
( Qanun Jenayah Syariat Islam )
11. 06. 2011
Us. Karim Kechik
( Tarannum )
18.06. 2011
Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad
( Qanun Jenayah Syariat Islam)
25. 06. 2011
Us. Karim Kechik
( Tarannum)


AHAD
05.06.2011

Us Abd Raani Ahmad
12.06.2011

Tuan Syeikh Ali Soleh bin Jabir
19.06.2011

Us. Muamar Ghadafi
26.06.2011
Us. Abd.
Rahman
Awg Soh
(Umum)


*  SUMBANGAN DARIPADA MUSLIM DAN MUSLIMAT AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH



KEM BESTARI SOLAT DAN TAHSIN AL-QURAN

KEM BESTARI SOLAT DAN TAHSIN AL-QURAN SURAU AL-KAUTHAR AKAN DIADAKAN PADA TARIKH BERIKUT:

TEMPAT :  SURAU AL-KAUTHAR FASA 4, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
TARIKH  :  11 DAN 12 JUN 2011
HARI       :  SABTU DAN AHAD
JAM        :   8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
YURAN  :  RM 60.00 SEORANG

SEMUA ANAK-ANAK BERUMUR ANTARA 7 HINGGA 15 TAHUN DIJEMPUT HADIR DAN PENYERTAAN ADALAH TERHAD. SILA HUBUNGI: PENGERUSI 017-6704179 DAN UST AFNAN 014-8462729 SEGERA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...